PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 2,643 kes kemalangan di tempat kerja dalam kalangan warga kerjanya pada tahun lepas.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,914 kes kecederaan alatan tajam, 62 kes keracunan pekerjaan, 36 kes hilang pendengaran akibat bunyi bising, 186 kes penyakit kulit pekerjaan, 322 kes penyakit paru-paru pekerjaan serta 125 kes penyakit pekerjaan lain-lain turut dilaporkan.
Beliau berkata, bagi melindungi petugas kesihatan yang terdedah kepada bahaya dan risiko semasa bekerja, pelbagai langkah kawalan dan penambahbaikan di fasiliti kesihatan telah diambil.
Dr Dzulkefly berkata, doktor kesihatan pekerjaan, pegawai keselamatan dan kesihatan, jururawat kesihatan pekerjaan dan sebagainya mempunyai peranan yang penting dalam memastikan bahaya serta risiko di tempat kerja berada pada tahap yang minimum.
"Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, majikan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota, manakala anggota mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi arahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"Wajarlah aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerja diberi keutamaan kerana modal insan merupakan aset terpenting bagi sesebuah organisasi yang menentukan kejayaan mereka," katanya berucap pada Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Sungai Buloh, pada Selasa.
Teks ucapan beliau diedarkan kepada media di sini.
Beliau berkata, KKM sentiasa mengutamakan kesejahteraan petugas kesihatan dan mengambil pendekatan pencegahan lebih baik daripada rawatan.
"Dengan itu, budaya pencegahan harus diterapkan dalam diri setiap anggota untuk mengurangkan kejadian kemalangan, kecederaan, keracunan dan penyakit pekerjaan di samping mengekalkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan selesa.
"Selari dengan perkembangan, diharapkan semua pihak dapat bekerjasama memenuhi keperluan perundangan serta garis panduan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
Dr Dzulkefly berkata, bagi melindungi petugas kesihatan yang terdedah kepada bahaya dan risiko semasa bekerja, pelbagai langkah kawalan dan penambahbaikan di fasiliti kesihatan telah diambil. - Gambar fail/Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Lebih 10,000 penyakit bawaan air dikesan di 6 negeri terjejas banjir - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.
MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly
KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.
Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan - Dzulkefly
KKM mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.
KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan kos perubatan - Lukanisman
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.