Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan (JKN) Kedah mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling, minggu lepas.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dengan dua kematian dilaporkan di Perak manakala 10 lagi dilaporkan di Kedah.
BACA: Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan
"Pada 6 Okt lalu, KKM telah menerima satu notifikasi daripada Hospital Gerik mengenai dua kes keracunan makanan dengan satu kematian dan siasatan lanjut mendapati tujuh kes lagi daripada satu keluarga yang tinggal di rumah yang sama mengalami gejala demam, cirit-birit, dan muntah.
"Mereka dilaporkan telah memakan laksa pada 9.30 malam, 4 Okt lalu yang dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang, Baling pada hari yang sama pukul 5.30 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Norhizan berkata pada Ahad lalu, dua lagi kes telah dimasukkan ke Hospital Gerik kerana mengalami keracunan makanan setelah memakan laksa yang dibeli di kedai sama pada 4 Okt dengan satu kes dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh namun pesakit meninggal dunia pada 2.31 petang, hari yang sama.
"Selain itu, 10 kes keracunan makanan berkaitan dengan laksa yang dibeli di kedai sama turut dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Baling.
"Siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan di JKN Kedah dan JKN Perak untuk mengenal pasti kes-kes yang mempunyai gejala Keracunan Makanan (KRM) dan terdedah kepada makanan yang sama," katanya.
Katanya JKN Kedah telah menjalankan pemeriksaan dan menguatkuasakan penutupan sementara ke atas gerai terbabit bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dengan beberapa sampel klinikal, sampel makanan dan persekitaran sudah diambil untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.
Pada masa sama beliau menasihati orang ramai yang mempunyai gejala KRM agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
"Orang ramai diminta tidak khuatir kerana kejadian wabak itu adalah terkawal dan disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan selain mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum makan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018

Dr Norhizan mengulas mengenai kes kematian disebabkan oleh laksa di Baling. -Foto Astro AWANI

Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Warga emas maut jatuh dari tingkat empat pusat beli-belah
Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Alor Setar digemparkan dengan kejadian seorang lelaki terjatuh dari tingkat empat bangunan terbabit.

Hotel dua tingkat di Alor Setar musnah dalam kebakaran
Ketika kejadian tiada pengunjung yang menginap di hotel berkenaan sementara pekerja hotel sempat lari menyelamatkan diri.

Pusat karaoke di Alor Setar terbakar kali kedua dalam tempoh empat bulan
Dalam kebakaran pagi ini, kesemua pekerja dan pengunjung sempat keluar menyelamatkan diri.

Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah
Kedua-dua tertuduh didakwa terima wang suapan sebagai dorongan untuk mereka tidak mengeluarkan saman terhadap lori-lori.

Banjir 2 kali sejak semalam, penduduk masih bertahan
Banjir yang sudah surut kira-kira jam 4 petang semalam, kembali melanda kawasan itu jam 11 pagi tadi.

Cemas dibuatnya, hotel bajet terbakar buat kali keempat bulan ini
Bomba masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kerapnya berlaku kebakaran di premis terbabit.

Treler terbalik hempap 2 kereta di plaza tol
Treler terbabit yang dipercayai hilang kawalan disebabkan kerosakan brek cuba mengelak daripada merempuh kereta di hadapannya dengan masuk ke lorong kiri.

Jenazah tiga beranak lemas berpelukan selamat dikebumi dalam satu liang
Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling selamat dikebumikan petang tadi.

Mayat wanita berbaju belang ditemukan terapung dalam sungai
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 1.18 petang.

Kes HFMD dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi - Khairy
Menterinya, Khairy Jamaluddin menjelaskan ia berikutan kes membabitkan gelombang berkenaan adalah bermusim dan bersifat setempat.