NATIONAL
KKM sahkan tiada krisis insulin, bekalan cukup hingga hujung tahun

Menurut Dr Dzulkeyly, pihak kementerian sudah pun mula mencari alternatif lain, di samping berusaha mendapatkan pembekal baharu secepat mungkin. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengalami krisis kekurangan bekalan insulin untuk pesakit, dan bekalan semasa mencukupi hingga hujung tahun ini.
Ringkasan AI
- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa bekalan insulin di Malaysia mencukupi hingga hujung tahun ini dan tidak mengalami krisis kekurangan.
- KKM sedang mencari alternatif lain dan berusaha mendapatkan pembekal baharu secepat mungkin untuk memastikan bekalan berterusan.
- KKM telah melaksanakan langkah-langkah seperti meningkatkan penggunaan insulin analog dan terapi oral untuk memastikan rawatan pesakit tidak terganggu akibat gangguan bekalan.
Ditanya berapa lama Malaysia boleh mendapatkan bekalan insulin berkenaan, beliau menjawab: "Kita akan menyegerakannya, 60 hari, berbanding beberapa bulan sebelum ini, atau selalunya".
Minggu lepas KKM telah menjelaskan bahawa gangguan bekalan insulin untuk manusia di fasiliti kendaliannya baru-baru ini, adalah disebabkan isu pengeluaran, dan dalam memastikan rawatan pesakit tidak terganggu, ia telah melaksanakan beberapa langkah, termasuk meningkatkan penggunaan insulin analog dan terapi oral, sebagaimana ditetapkan menerusi penilaian klinikal doktor yang merawat setiap pesakit.
Dr Dzulkefly menafikan dakwaan kekurangan bekalan dan menjelaskan bahawa isu itu berpunca daripada "kewajipan kontrak" salah satu pembekal kementerian.
"Satu daripada dua pembekal kami telah bergelut untuk memenuhi kewajipan kontrak mereka, tetapi kita mempunyai penyelesaian alternatif," katanya dan menambah bahawa pihak kementerian sedang berbincang dengan pembekal semasa di Johor dan satu lagi pembekal di India.
".. apa pun, kita tidak mahu kekurangan ini menjejaskan penjagaan pesakit. Jika ada masalah kekurangan bekalan (yang) saya tidak dengar perkara itu buat masa ini.
"Setahu saya, tiada pesakit yang hadapi masalah untuk dapat bekalan insulin," katanya.
Menteri itu juga berkata pembekal luar negara yang berminat perlu mengemukakan dokumen mereka kepada KKM, dan pihak kementerian akan mempercepatkan proses pendaftaran melalui Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami