awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sambung kontrak enam bulan kepada 2,070 pegawai - Dr Adham

Bernama
Bernama
28/09/2020
07:43 MYT
KKM sambung kontrak enam bulan kepada 2,070 pegawai - Dr Adham
Dr Adham berkata penyambungan kontrak itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kontrak seramai 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) disambung selama enam bulan lagi, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
Beliau berkata penyambungan kontrak itu yang bernilai RM81 juta akan ditampung menerusi Kumpulan Wang COVID-19 (Tabung COVID-19)
"KKM telah menerima makluman bahawa Kementerian Kewangan pada 18 Sept bersetuju meluluskan penyambungan kontrak secara one-off enam bulan lagi bagi penjawat berkenaan. Kelulusan itu sebagai tambahan kepada kontrak enam bulan sedia ada yang diberikan sebelum ini.
"Kelulusan itu melibatkan 79 pegawai perubatan (yang melengkapkan khidmat wajib sahaja kerana telah mengikuti latihan siswazah di luar negara), 852 pegawai pergigian dan 1,139 pegawai farmasi yang telah menamatkan latihan/khidmat wajib," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr Adham berkata penyambungan kontrak itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#KKM
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan