awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sasar haram vape tahun ini - Dzulkefly

Bernama
Bernama
06/01/2026
08:00 MYT
KKM sasar haram vape tahun ini - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk melaksanakan pengharaman vape bermula dengan jenis sistem terbuka, tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
"Berhubung isu rokok dan vape, pendirian saya kekal. Penguatkuasaan penuh akta ini adalah tanggungjawab moral kita untuk melindungi generasi akan datang daripada ancaman penyakit tidak berjangkit (NCD) dan popcorn lung (bronchiolitis obliterans).
"Ini telah pun saya uar-uarkan dahulu terutama vape jenis sistem terbuka dan sebagainya, mungkin kita akan membuat beberapa langkah tetapi langkah pertamanya adalah untuk haramkan jenis sistem terbuka yang telah disalahgunakan dengan pelbagai dadah sintetik," katanya kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di sini hari ini.
Beliau berkata pengharaman itu meliputi penjualan dan penggunaan vape jenis sistem terbuka.
Katanya, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata inisiatif Rakan KKM, yang menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf ekonomi premium di hospital kerajaan terpilih, dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini.
"Menjelang suku pertama 2026, kita bakal menerima pesakit pertama di bawah inisiatif Rakan KKM.
"Ini adalah model ekonomi premium yang membolehkan subsidi silang berlaku, sekali gus membantu kita mengekalkan pakar perubatan di dalam sistem awam," katanya.
Beliau berkata Hospital Cyberjaya akan menjadi hospital KKM pertama yang menawarkan perkhidmatan itu sebelum diperluas ke hospital lain.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#haramkan vape
#Dzulkefly Ahmad
#Akta Kawalan Produk Merokok
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan