MALAYSIA
KKM sasar kes turun kepada 500 dalam empat minggu - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata tempoh empat minggu mungkin diperlukan untuk mencapai sasaran itu dan berharap ia tidak perlu dilanjutkan lagi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasar untuk menurunkan kes jangkitan COVID-19 di negara ini daripada purata lebih 2,000 kes sehari kepada 500 kes, namun ia mungkin sukar dicapai dalam tempoh dua minggu.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tempoh empat minggu mungkin diperlukan untuk mencapai sasaran itu dan berharap ia tidak perlu dilanjutkan lagi.
Dalam entri terbahru di akaun Facebook KKM, Dr Noor Hisham dipetik berkata jangkaan itu berdasarkan situasi semasa ketika jumlah kes harian yang tinggi setiap hari dan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi 1.0.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jelasnya tidak boleh terlalu lama kerana beri impak negatif kepada ekonomi.
Jesteru, beliau berharap orang ramai terus kekal berada di rumah terutama ketika pelaksanaan PKP di enam negeri ini.
Jelasnya, dengan mengehadkan pergerakan, usaha memutuskan rantaian jangkitan akan berhasil.
Tambah Dr Noor Hisham, sekiranya kes baharu berjaya diturunkan, kawalan pergerakan masih diperlukan, namun mungkin secara PKP Bersyarat untuk melandaikan lengkungan.

Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia

#Noor Hisham Abdullah
#empat minggu
#turunkan kes jangkitan
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19