PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca tiga sekeluarga di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang yang dijangkiti wabak pertussis (batuk kokol), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata siasatan awal mendapati punca jangkitan itu bermula dari ibu kepada dua anaknya namun siasatan lanjut masih dijalankan.
"Penyakit pertussis sentiasa ada dalam negara dan ia telah diklasifikasikan sebagai endemik," katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan antara KKM dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata ketiga-tiga pesakit tersebut telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
"Pada masa ini tiada kes baru yang dikesan di sekitar kawasan tempat tinggal kes," katanya menerusi kenyataan mengenai situasi terkini kes pertussis (batuk kokol) di Malaysia sehingga 19 Ogos (2023).
Beliau berkata sepanjang tahun ini, sehingga Sabtu lepas (19 Ogos), sebanyak 329 kes pertussis dengan 23 kematian telah dilaporkan di seluruh negara, menurun 52.8 peratus berbanding 697 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2019.
Dr Muhammad Radzi berkata daripada 329 kes pertussis yang dilaporkan tahun ini, 219 kes atau 66.6 peratus adalah melibatkan warganegara manakala bakinya, 110 kes merupakan bukan warganegara.
Beliau berkata bayi berumur bawah 12 bulan adalah kumpulan umur yang mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 189 kes.
"Walaupun jangkitan adalah terkawal, KKM sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pertussis terus terkawal dan tidak menjadi masalah kesihatan utama di negara ini.
"Keutamaan KKM adalah untuk memastikan liputan imunisasi pertussis dalam kalangan kanak-kanak di negara ini kekal melebihi 95 peratus untuk memastikan golongan ini dilindungi daripada mendapat jangkitan," katanya menambah kanak-kanak terutama bayi adalah kumpulan yang rentan kepada jangkitan pertussis.
Di Malaysia, vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan. Ia diberikan dalam bentuk vaksin kombinasi enam serangkai difteria - tetanus - pertussis - polio - Hepatitis B -Haemophilus influenzae type b.
Sambil menggesa ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi lengkap mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan, Dr Muhammad Radzi berkata kanak-kanak yang tercicir imunisasi boleh dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi melengkapkan imunisasi mereka.
Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dengan kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.
Gejala lazim pertussis adalah batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan sehingga dua bulan.
Komplikasi teruk seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian juga boleh berlaku jika tidak mendapat rawatan awal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Dr Zaliha berkata siasatan awal mendapati punca jangkitan itu bermula dari ibu kepada dua anaknya namun siasatan lanjut masih dijalankan. - Gambar fail/Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
KKM siasat punca tiga sekeluarga dijangkiti pertussis - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca tiga sekeluarga di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang yang dijangkiti wabak pertussis (batuk kokol), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Gagal dapatkan rawatan awal, hanya 70-80 peratus pesakit mental pulih
Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.
Banjir: Terengganu sediakan hospital sementara di setiap daerah
Ia bagi memudahkan mangsa banjir di PPS yang mengalami masalah kesihatan mendapatkan rawatan awal.
Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.
Tujuh penumpang nyaris maut dalam nahas bas ekspres, lori
Apabila jentera tiba di lokasi, didapati tujuh mangsa mengalami kecederaan tetapi tiada yang tersepit.
Kanser payudara: Amalan 'lihat, rasa dan respon' mampu selamatkan nyawa
Rawatan kanser payudara tidak perlu melibatkan pembedahan membuang keseluruhan payudara jika ia dapat dikesan lebih awal sekaligus menyelamatkan nyawa.
9 nyaris maut 4WD terbabas lalu terbalik di Sandakan
Kenderaan dinaiki mangsa yang sedang dalam perjalanan ke arah Tanah Merah, dekat sini, terbabas ke bahu jalan lalu terbalik.
Masalah mental: Rawatan awal dapat elakkan penyakit lebih serius
Orang ramai yang mempunyai anggota keluarga mengalami masalah kesihatan mental terutama pada peringkat awal perlu menghantar mereka untuk menerima rawatan bagi mengelakkan penyakit itu semakin serius.
Lewat dapatkan rawatan leptospirosis punca pesakit maut - KP Kesihatan
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata simptom penyakit itu akan mula dirasai selepas beberapa hari mengunjungi pusat perkelahan yang tercemar dengan bakteria leptospira itu.