awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sifatkan misi penganjur mogok doktor kontrak gagal

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/04/2023
08:34 MYT
KKM sifatkan misi penganjur mogok doktor kontrak gagal
Dr Zaliha berkata tindakan itu dilihat lebih bersifat ancaman dan provokatif serta mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keselamatan dan nyawa rakyat. - Foto fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati hebahan Mogok Doktor Malaysia yang tular di media sosial gagal melumpuhkan perkhidmatan kesihatan seperti dirancang penganjur.
Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan itu dilihat lebih bersifat ancaman dan provokatif serta mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keselamatan dan nyawa rakyat.
"Sehubungan itu, saya ingin menekankan bahawa mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul.
"Sebaliknya perkara itu perlu ditangani secara lebih berhemah dan profesional menerusi platform yang betul," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Zaliha memberitahu, KKM menghargai segala komitmen dan profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam.
Katanya, keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi terus menjadi inspirasi setiap daripada mereka.
"Kod etika profesional di kalangan pegawai perubatan dan yang-lainnya perlulah dipelihara dan sentiasa menjadi pedoman ke arah memartabatkan institusi perubatan di negara ini kepada suatu anjakan paradigma yang sentiasa disegani," ujarnya.
Zaliha pada masa sama berterima kasih kepada semua petugas kesihatan yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat sekali gus menolak anjuran untuk mogok dalam kalangan doktor baru-baru ini.
"Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada kepimpinan tertinggi KKM, pengarah-pengarah Kesihatan negeri dan hospital, serta ketua perkhidmatan dalam kesiapsiagaan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan tempoh hari," jelasnya.
Sebelum ini dilaporkan kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula 3 hingga 5 April, tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.
Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram, mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Mogok Doktor Malaysia
#Doktor Kontrak
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan