CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata peruntukan Kementerian Pendidikan (KPM) sedia ada bagi RMT iaitu RM2.50 bagi murid di Semenanjung Malaysia dan RM3 di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kos bahan mentah mengikut menu RMT.
"Ia bukan kesalahan KPM (kerana) peruntukan KPM tidak cukup. Ia juga berikutan peningkatan kos harga bahan mentah dan barangan lain dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hematogenix Malaysia iaitu makmal penyelidikan klinikal onkologi pusat yang pertama di Malaysia, di sini hari ini.
Khairy berkata beliau akan mengemukakan syor agar peruntukan KPM bagi RMT ditingkatkan kepada Kabinet bagi memastikan murid mendapat makanan berkhasiat.
Menurut Khairy, berdasarkan pemantauan kepatuhan menu program RMT yang dijalankan Bahagian Pemakanan KKM dari Januari hingga Jun lepas, hanya 61 peratus sekolah dipantau mematuhi menu RMT.
Beliau juga berkata KKM akan mencadangkan supaya bantuan RMT terus diberikan kepada kanak-kanak dari kumpulan miskin tegar iaitu seramai 789,902 orang.
Mengenai Hematogenix Malaysia, Khairy berkata ia merupakan makmal bertaraf antarabangsa yang memberi tumpuan pada penyelidikan klinikal terutamanya bidang kanser.
Beliau berkata makmal tersebut memberi satu nilai tambah kepada KKM kerana boleh digunakan bagi tujuan diagnostik dan saringan kanser di Malaysia, selain bertujuan menghantar sampel hasil daripada penyelidikan klinikal yang dijalankan di negara ini.
Hematogenix berpusat di Chicago, Amerika Syarikat dan mempunyai tiga cawangan iaitu di United Kingdom, China dan yang terbaharu di Cyberjaya bagi rantau Asia Pasifik meliputi pasaran Jepun, Australia, New Zealand, dan Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berucap pada Majlis Pelancaran Rasmi Makmal Penyelidikan Klinikal Hematogenix Asia Pacific hari ini. - Foto BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Bajet 2023: Kadar RMT sekolah dinaikkan - Tengku Zafrul
Kerajaan akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 sen kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
RMT: Kadar baharu belum dimuktamad, dalam proses perbincangan - Radzi
Kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) melibatkan murid sekolah rendah hanya diumumkan selepas proses perbincangan KPM dan Kementerian Kewangan.
KPM, MoF bincang naik kadar RMT dalam usul Bajet 2023
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung cadangan menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk dibawa ke dalam usul Bajet 2023.
KKM syor kadar RMT dinaikkan
Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
'Rasa bertenaga pagi ini, tidak lagi berlapar'
Kata Nurul Qharriah Pormin, 12 tahun, program sarapan tersebut amat berkesan bagi memastikan murid-murid tidak berlapar sebelum memulakan pelajaran pada waktu pagi.
Rasuah: Bekas guru besar didakwa bagi projek pada syarikat isteri, anak
Seorang bekas guru besar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan projek pembekalan makanan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah
Rancangan Makanan Tambahan perlu diperluas ke sekolah menengah
Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak berkata langkah itu dapat memastikan pelajar terbabit belajar dengan selesa.
KPM nafi keluarkan pelekat khas pada susu kotak Program Susu Sekolah seperti yang tular - Maszlee
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pengeluaran label pelekat khas yang digunakan untuk Program Susu Sekolah (PSS) kepada pengilang susu di Sabah, kata Menterinya Maszlee Malik.
Maszlee balas 'serangan' KJ
Beliau turut memuat naik dokumen berhubung teguran Jabatan Audit Negara terhadap program RMT yang bertarikh 1 Mac 2016.
KPM siasat guru besar buat tuntutan lebihan bayaran RMT
Orang ramai digesa membuat aduan secara rasmi sekiranya mengesyaki terdapat salah laku pihak pengurusan sekolah.