awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM tawar 619 jawatan doktor tetap di Sarawak

Bernama
Bernama
04/08/2023
08:21 MYT
KKM tawar 619 jawatan doktor tetap di Sarawak
Lukanisman berkata tawaran itu bagi mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital dan klinik kesihatan KKM di negeri itu. - Gambar fail
SERIAN: Sebanyak 619 orang telah ditawarkan jawatan doktor tetap di Sarawak oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata tawaran itu bagi mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital dan klinik kesihatan KKM di negeri itu.
Katanya, daripada jumlah itu, 395 orang telah menerima serta datang melaporkan diri, 50 orang menolak manakala 70 orang belum melapor diri dan belum memberi maklum balas sama ada akan datang atau tidak.
"Seramai 55 orang doktor yang sudah melapor diri perlu melanjutkan pelajaran dan permohonan mereka diluluskan KKM manakala 49 orang menerima tawaran itu tetapi masih membuat penangguhan datang ke Sarawak kerana belum bersedia dan perlu meyakinkan keluarga," katanya ketika melawat tapak Klinik Kesihatan Siburan yang baharu di Pekan Siburan, di sini hari ini.
Lukanisman berkata mereka yang menolak tawaran itu mungkin disebabkan persepsi tertentu mengenai Sarawak.
Pembinaan Klinik Kesihatan Siburan yang baharu dijangka siap menjelang Oktober dan mula beroperasi pada 2024.
Sementara itu, Lukanisman berkata Sarawak juga menerima 36 projek baik pulih klinik daif bernilai RM8.5 juta di bawah inisiatif Malaysia MADANI dan ketika ini enam projek tersebut telah siap serta selebihnya dalam perlaksanaan.
"Menjelang Disember 2023, kita yakin semua projek ini akan siap dan kita sedang tambah lagi senarai klinik daif bagi 2024," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#doktor tetap
#KKM
#Lukanisman Awang Sauni
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan