SEGAMAT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meniliti semula semua projek ‘sakit’ di bawah kementerian itu yang membabitkan pelbagai projek kemudahan awam dan fasiliti kesihatan termasuk pembinaan hospital.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, penilitian secara pragmatik perlu dilakukan secara terperinci terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang bentuk tindakan.
“Saya telah diberi penerangan secara am, cuma belum diperincikan lagi dan saya perlu lihat ‘sakit’ itu dalam (bentuk) bagaimana.
“Kita perlu lihat satu per satu permasalahan termasuk aduan yang diketengahkan barulah perkara itu dapat diatasi (kerana) langkah berkenaan tidak mudah,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama sejurus dilantik menyertai barisan Kabinet, di Hospital Segamat, pada Sabtu.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KKM Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah;Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, Datuk Dr Aman Rabu.
Sebelum ini, KKM mengenal pasti 13 projek 'sakit' di bawah kementerian itu di seluruh negara kerana siap lewat dan tidak mengikut jadual ditetapkan yang membabitkan pelbagai projek kemudahan awam termasuk pembinaan hospital.
Bekas menterinya, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, usaha oleh KKM sedang dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya bagi mencari jalan sama ada untuk mempercepatkan projek terbabit atau menerusi proses pelantikan kontraktor penyelamat.
Sementara itu, Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang dalam lawatan sulungnya itu meninjau tapak projek bangunan tambahan Hospital Segamat yang bernilai RM90.5 juta.
Katanya, bangunan yang dilengkapi empat dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) serta satu Unit Hidrodinamik dan Respiratori (RHU) berkenaan dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada awal tahun 2023.
“Dengan kemudahan yang disediakan di blok tambahan ini, Hospital Segamat akan dapat memperluaskan lagi perkhidmatannya sekali gus menampung keperluan 223,000 penduduk di daerah ini,”ujarnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Dec 10 2022

Dr Zaliha melakukan lawatan kerja pertama sejurus dilantik menyertai barisan Kabinet, di Hospital Segamat, pada Sabtu. - Foto Astro AWANI

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Gempa Bumi Turkiye | Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - NADMA
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza.

Tiada kompromi jika pegawai langgar Artikel 5.3 WHO FCTC - KKM
Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Wad jangka pendek bantu atasi kesesakan di jabatan kecemasan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan wad jangka pendek atau 'short stay ward' bagi hospital yang mempunyai ruang sebagai inisiatif mengatasi masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan.

OKU Sentral saran KKM wujud dasar penyakit jarang jumpa
Ia merangkumi dana sokongan kerajaan, penyelidikan jujukan genom, jumlah pakar genetik dan penyediaan fasiliti rawatan di hospital atau klinik pakar.

Tiga lelaki menyamar pegawai KKM ditahan
Kesemua suspek berusia 38 hingga 48 tahun itu ditahan hasil risikan serta operasi yang dijalankan selama dua minggu.

Tempoh jangka hayat baharu tujuh vaksin COVID-19 dilanjutkan
Tempoh jangka hayat baharu bagi tujuh produk vaksin COVID-19 dilanjutkan bagi tempoh 12 hingga 24 bulan.

KKM sasar bentang kertas putih kesihatan di Parlimen pertengahan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada pertengahan tahun ini.

KKM jangka tiada lonjakan kes COVID-19 semasa musim perayaan
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tidak berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KKM, WHO terus hubungan bersama dua hala tingkat penjagaan kesihatan di Malaysia
Kerjasama ditingkatkan terutama dalam kesihatan digital, pembaharuan penjagaan kesihatan dan pembiayaan serta pengurusan penyakit berjangkit.

KKM perkenal Label Ubat Mesra OKU Penglihatan, dicetak dalam Braille
Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan inisiatif Label Ubat Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bagi membantu golongan itu dalam urusan pengambilan ubat di fasiliti kesihatan.