awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM teliti semula Dasar Generasi Penamat - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
08/12/2022
23:30 MYT
KKM teliti semula Dasar Generasi Penamat - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata ada kalanya pelaksanaan sesuatu dasar tidak boleh drastik. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang belum diluluskan di Parlimen.
"(Dasar GEG) itu ada baiknya secara umum bagi saya, tetapi saya perlu lihat dari segi pelaksanaannya. Pelaksanaan itu apabila kita nak sampai ke sesuatu keputusan, kadang-kadang (pelaksanaan) tidak boleh drastik... itu saya akan tengok," katanya ketika menjadi tetamu di program Bersama Pemimpin terbitan Bernama Radio di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mahu meneruskan pelbagai dasar digubal kementerian itu oleh menteri sebelumnya.
Dr Zaliha berkata beliau terbuka untuk menerima nasihat dan cadangan daripada bekas menteri-menteri kesihatan dan pemegang taruh dalam menerajui kementerian itu.
Menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha mengakui cabaran terbesarnya ialah meneruskan kecemerlangan KKM, di samping berusaha untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan negara secara amnya.
Rang undang-undang berkenaan antaranya bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau 'vape' kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lepas, tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Zaliha Mustafa
#GEG
#PantauKerajaanBaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan