awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik

Bernama
Bernama
27/01/2025
14:06 MYT
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan pihaknya mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan menerima aduan yang diterbitkan dalam media sosial dan media tempatan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.
Menerusi kenyataan hari ini, KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
"Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan. Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM," menurut kenyataan itu.
KKM memaklumkan pihaknya mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua.
Tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan, menurut KKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#insiden buli
#berbaur perkauman
#budaya kerja toksik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan