awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM terima tiga anugerah amalan baik peraturan dari MPC

Bernama
Bernama
26/11/2021
20:27 MYT
KKM terima tiga anugerah amalan baik peraturan dari MPC
Pelbagai projek, penambahbaikan peraturan berimpak tinggi telah dilaksanakan Kementerian Kesihatan, menjadikannya penanda aras kepada kementerian lain. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima tiga anugerah Regulatory Champions daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) sempena Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan 2021.
KKM dalam satu hantaran dimuat naik di laman Facebooknya menyatakan anugerah tersebut ialah Kementerian Aktif Melaksanakan Amalan Baik Peraturan (GRP), Anugerah Pengawal Selia Aktif/Unified Public Consultation (UPC) dan Tokoh Amalan Baik Peraturan Peringkat Kementerian.
"Pelbagai projek, penambahbaikan peraturan berimpak tinggi telah dilaksanakan oleh KKM hingga menjadikan ia sebagai penanda aras kepada kementerian lain.
"KKM juga adalah kementerian tertinggi yang telah menyumbang kepada pendaftaran Notifikasi Peraturan (RN) dan Penyata Impak Peraturan (RIS)," kata KKM.
Menurut KKM, bagi kategori Tokoh Amalan Baik Peraturan Peringkat Kementerian Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Shafiq Abdullah menerima anugerah tersebut atas komitmen dan penglibatan aktif beliau dalam melaksanakan inisiatif GRP dalam sektor kesihatan secara keseluruhannya.
Bagi kategori Anugerah Pengawal Selia Aktif/UPC, ia dimenangi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Anugerah Regulatory Champions, MPC ialah pengiktirafan dan penghargaan kepada kementerian, agensi, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan individu terpilih yang terlibat secara aktif dan memberikan sumbangan dalam menjayakan inisiatif GRP.
Pengiktirafan ini mengambil kira pencapaian tahun 2020 hingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan 2021
#penanda aras
#anugerah Regulatory Champions MPC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan