awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM tidak akan beli vaksin selagi tidak berdaftar dengan NPRA

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
21/11/2020
11:21 MYT
KKM tidak akan beli vaksin selagi tidak berdaftar dengan NPRA
Dr Noor Hisham berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat data klinikal sebelum keputusan pembelian dibuat. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan untuk tidak mengguna pakai mana-mana vaksin COVID-19 selagi tidak berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu bagi memastikan ujian klinikal tahap akhir terhadap semua vaksin itu benar-benar selamat digunakan selain berkesan untuk merawat COVID-19.
"Pertama sekali kita akan lihat dari segi keberkesanan atau tidak vaksin yang dihasilkan selain faktor selamat sebelum kita gunakan.
"Sehingga hari ini, masih tiada data yang dimaklumkan kepada kita berhubung keberkesanan dan keselamatan vaksin yang dihasilkan, cuma yang ada adalah daripada laporan media.
"Jadi kita tidak boleh ambil laporan media dan daftarkan vaksin tersebut sebaliknya memerlukan data hasil kajian dilakukan khususnya kajian peringkat akhir," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi Taklimat Khas COVID-19 di sini pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan sebuah syarikat farmaseutikal, Pfizer, mendakwa vaksin COVID-19 semakin hampir untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi membenarkan penggunaan yang dijangka pada bulan depan.
Ia selepas hasil keputusan percubaan klinikal peringkat akhir yang dibangunkan bersama syarikat BioNTech dari Jerman, menunjukkan lebih 90 peratus keberkesanan suntikan vaksin itu selepas dos kedua.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat data klinikal sebelum keputusan pembelian dibuat.
"Buat masa ini kita tunggu data klinikal yang dihasilkan dan apabila penyelidikan yang dibuat selesai, baru kita akan pertimbangkan untuk membelinya.
"Kita tidak akan beli mana-mana vaksin jika ujian klinikal belum tamat untuk memastikan ianya selamat digunakan dan berkesan," tegasnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#vaksin
#NPRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan