BUKIT MERTAJAM: Kementerian Kesihatan (KKM) yakin dapat menyelesaikan semua projek naik taraf membabitkan 436 klinik daif di seluruh negara penghujung tahun ini.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata projek naik taraf yang melibatkan jumlah peruntukan RM100 juta, telah bermula dan sudah ada beberapa projek yang telah disiapkan.
"Untuk tahun ini, 436 klinik ini telah dikenal pasti untuk dinaik taraf dan KKM akan memastikan kesemua projek ini disiapkan dalam tahun ini seterusnya memberikan keyakinan kepada Perdana Menteri untuk meluluskan peruntukan untuk tujuan yang sama pada tahun hadapan.
Kalau ada penjimatan daripada projek-projek yang telah dikenal pasti ini, pihak KKM akan menambah beberapa lagi klinik daif untuk dinaik taraf," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda di sini hari ini.
Beliau berkata pembangunan kemudahan dan infrastruktur kesihatan merupakan agenda yang perlu diberi perhatian kerana keperluan dan kehendak masyarakat terutamanya permintaan kepada akses kesihatan yang lebih baik sentiasa meningkat setiap masa.
Dalam hal ini, beliau berkata KKM komited melaksanakan amanah bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur fasiliti kesihatan di seluruh negara.
"Di Pulau Pinang, selain daripada projek Klinik Kesihatan Bandar Perda yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Tengah ini, KKM dan Jabatan Kerja Raya sedang giat menyiapkan dua lagi klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Air Putih di dalam Daerah Barat Daya dan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara di dalam Daerah Seberang Perai Selatan yang masing-masing menelan belanja sebanyak RM30 juta.
Selain itu, kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023 juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membina Klinik Kesihatan dan Kuarters Integrasi Mak Mandin di dalam Daerah Seberang Perai Utara," katanya.
Katanya usaha ini akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan di peringkat penjagaan kesihatan asas dan seterusnya membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital kerana rawatan awal dan ringan dapat dibuat di klinik-klinik kesihatan terlebih dahulu.
Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan untuk Klinik Kesihatan Bandar Perda sebanyak RM150,000 bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan serta pembelian perlatan perubatan dan bukan perubatan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Dr Zaliha berkata, projek naik taraf yang melibatkan jumlah peruntukan RM100 juta, telah bermula dan sudah ada beberapa projek yang telah disiapkan. - Gambar fail
Persidangan Nikkei 2024: Kepimpinan Asia dalam ketidaktentuan dunia
Amir Fareed Rahim, Pengarah Strategi KRA Group berkongsi antara jangkaan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
BNPL: Strategi mengurus perbelanjaan tanpa bebanan tambahan
Kebanyakan pengguna BNPL adalah golongan muda dan berpendapatan rendah dengan anggaran 44% pengguna berusia 18 hingga 30 tahun, menurut BNM, bagaimana kumpulan ini dapat mengurus perbelanjaan mereka menggunakan BNPL tanpa menambah tekanan risiko kewangan yang lain?
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Dua maut, seorang cedera, kereta terbabas dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara terbabas ke dalam parit dan melibatkan tiga orang mangsa.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.