MELAKA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menganjurkan Siri Jelajah Bicara Keluarga Malaysia di seluruh negara bagi memperkukuhkan libat urus antara kerajaan dan pemimpin dengan rakyat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata siri jelajah berkenaan merupakan tambahan kepada pendekatan Program Bicara Naratif dan Program Inklusif di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaras bagi memperkukuhkan peranan kementerian yang dipertanggungjawabkan menyebarkan maklumat atau mesej tertentu kerajaan yang diputuskan oleh jemaah menteri secara lebih telus dan terbuka.
Katanya selain itu, program itu juga akan menjadi medium untuk kementerian bagi pihak kerajaan menerima soalan, pandangan dan teguran daripada rakyat untuk penambahbaikan.
"Ini permulaan bagi satu siri (jelajah Bicara Keluarga Malaysia) yang kita mulakan sesi taklimat umum yang saya harap dapat saya buat dari satu negeri ke satu negeri... yang juga dibuat secara langsung dalam live Facebook.
"Saya telah menetapkan pada setiap minggu saya akan ambil satu atau dua hari untuk saya turun ke negeri-negeri. Kita tidak boleh berada di Kuala Lumpur sepanjang masa dan kita tidak boleh hanya buat secara maya sahaja sepanjang masa," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Bicara Keluarga Malaysia di Auditorium Melaka FM, Jabatan Penyiaran Melaka di sini malam tadi.
Beliau berkata siri jelajah berkenaan yang merupakan libat urus secara positif itu juga dirancang dilaksanakan secara berskala besar di lokasi lebih besar dengan mematuhi prosedur operasi standard selain di studio RTM setiap negeri.
Ketika ditanya tentang penglibatan kementerian lain dalam siri jelajah berkenaan, katanya ia merupakan satu kerjasama yang positif yang mungkin akan memberi kesan lebih baik untuk kerajaan dan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Annuar berucap ketika Program Bicara Keluarga Malaysia di Auditorium Radio Televisyen Malaysia Melaka, 29 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.