KUALA LUMPUR: Peruntukan lebih besar wajar diberikan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam Belanjawan 2022 bagi membangunkan sistem telekomunikasi negara bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju, kata Senator Aziz Ariffin.
Beliau berkata sistem telekomunikasi merupakan kepentingan utama dalam memacu ekonomi negara, terutama ketika Malaysia dalam peperangan menangani pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan ekonomi serta kehidupan masyarakat seluruh dunia.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) kerana beri tumpuan utama pembangunan telekomunikasi di kawasan luar bandar.
"Sehubungan itu, saya menyarankan agar Bajet (Belanjawan) 2022 diberikan peruntukan lebih besar kepada KKMM bagi membangunkan sistem telekomunikasi bertaraf antarabangsa setaraf negara-negara maju," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini pada Selasa.
Aziz turut mencadangkan kerajaan supaya mempertimbang untuk menjadikan Perlis sebagai projek rintis berkaitan liputan jalur lebar dan rangkaian 5G secara 100 peratus sebelum diperluas ke seluruh negara.
Sementara itu, Senator Datuk Paul Igai ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong mencadangkan KKMM diberi peruntukan tambahan segera bagi mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur serta sistem telekomunikasi selain capaian Internet dalam negara.
Menurutnya perkhidmatan Internet agak bermasalah di kawasan pedalaman seperti Sarawak, Sabah, Kelantan dan Selangor yang berlaku ketika negara dilanda pandemik.
"Cukuplah anak-anak sekolah menderita naik pokok, gunung, digigit nyamuk, melawan hujan, pakai mosquito net (kelambu) untuk mencari akses Internet di hutan...mohon KKMM diberi peruntukan tambahan segera untuk mempercepatkan kerja tersebut (menaik taraf sistem telekomunikasi), double the effort (kerja-kerja naik taraf," katanya.
Senator Datuk John Ambrose yang turut membangkitkan isu sama dalam sesi perbahasan itu, meminta kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan dasar-dasar komunikasi serta memberi peruntukan bagi penggunaan teknologi satelit.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan capaian Internet yang baik di setiap pelusuk negara bermula dari negeri Sabah.
"Hanya dengan penggunaan teknologi satelit kita akan dapat sambungan Internet tidak kira di mana pun tempat (kita berada)," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Peruntukan lebih besar wajar diberikan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam Belanjawan 2022 bagi membangunkan sistem telekomunikasi negara bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.
KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.
'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.
K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.