awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR belum terima kertas cadangan caj masuk jalan Genting Highlands - Alexander

Bernama
Bernama
18/11/2025
10:40 MYT
KKR belum terima kertas cadangan caj masuk jalan Genting Highlands - Alexander
Alexander menyatakan tiada dokumen rasmi atau permohonan diterima daripada pihak Genting setakat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) belum menerima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berhubung cadangan kutipan tol atau sebarang bentuk caj baharu untuk akses ke kawasan persendirian miliknya.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kerja Raya (KKR) belum terima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berkenaan kutipan tol atau caj baharu untuk akses ke kawasan persendirian miliknya.
  • Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan tiada dokumen rasmi atau permohonan diterima daripada pihak Genting setakat ini.
  • Genting Malaysia Berhad akan kenakan caj bayaran untuk kenderaan masuk Jalan Genting Highlands; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa pengecualian caj bagi tujuan beriadah untuk memastikan keadilan kepada pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini tiada dokumen atau permohonan rasmi dikemukakan kepada beliau.
"Saya belum terima apa-apa (kertas cadangan) daripada pihak Genting," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Lembaga Arkitek Malaysia Townhall 2.0, di sini hari ini.
Berhubung cadangan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan agar menggunakan istilah "caj masuk" sebagai alternatif kepada tol bagi mengelakkan kekeliruan, Alexander berkata cadangan berkenaan adalah wajar dan lebih mudah difahami.
"Saya setuju dengan pandangan beliau sebab bila sebut tol, ia mengelirukan. Tol ini kita biasa dengan lebuh raya. Jadi bagi saya, cadangan beliau supaya ia dipanggil "caj masuk" adalah lebih baik," katanya.
Genting Malaysia Berhad sebelum ini telah mengesahkan akan mengenakan caj bayaran bagi kenderaan memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Berikutan itu, Ahmad Maslan menggesa agar pihak Genting memastikan pengecualian yang adil dengan hanya mengenakan caj bagi kenderaan memasuki kawasan terbabit bagi tujuan beriadah dan bukan sebagai caj menyeluruh kepada semua pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#Alexander Nanta Linggi
#tol genting
#Genting Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan