MALAYSIA
KKR belum terima kertas cadangan caj masuk jalan Genting Highlands - Alexander
Alexander menyatakan tiada dokumen rasmi atau permohonan diterima daripada pihak Genting setakat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) belum menerima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berhubung cadangan kutipan tol atau sebarang bentuk caj baharu untuk akses ke kawasan persendirian miliknya.
Ringkasan AI
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini tiada dokumen atau permohonan rasmi dikemukakan kepada beliau.
"Saya belum terima apa-apa (kertas cadangan) daripada pihak Genting," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Lembaga Arkitek Malaysia Townhall 2.0, di sini hari ini.
Berhubung cadangan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan agar menggunakan istilah "caj masuk" sebagai alternatif kepada tol bagi mengelakkan kekeliruan, Alexander berkata cadangan berkenaan adalah wajar dan lebih mudah difahami.
"Saya setuju dengan pandangan beliau sebab bila sebut tol, ia mengelirukan. Tol ini kita biasa dengan lebuh raya. Jadi bagi saya, cadangan beliau supaya ia dipanggil "caj masuk" adalah lebih baik," katanya.
Genting Malaysia Berhad sebelum ini telah mengesahkan akan mengenakan caj bayaran bagi kenderaan memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Berikutan itu, Ahmad Maslan menggesa agar pihak Genting memastikan pengecualian yang adil dengan hanya mengenakan caj bagi kenderaan memasuki kawasan terbabit bagi tujuan beriadah dan bukan sebagai caj menyeluruh kepada semua pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Kerja Raya (KKR) belum terima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berkenaan kutipan tol atau caj baharu untuk akses ke kawasan persendirian miliknya.
- Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan tiada dokumen rasmi atau permohonan diterima daripada pihak Genting setakat ini.
- Genting Malaysia Berhad akan kenakan caj bayaran untuk kenderaan masuk Jalan Genting Highlands; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa pengecualian caj bagi tujuan beriadah untuk memastikan keadilan kepada pengguna jalan raya.