PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini sebagai kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sasaran awal penghantaran pekerja itu melibatkan lima hingga 10 individu setiap kumpulan bergantung kepada permintaan.
Dalam kenyataan hari ini, beliau memaklumkan usaha ke arah kerjasama itu sedang giat dilaksanakan bersama institusi dan agensi berkaitan di Nagasaki dan program itu akan dimuktamadkan dalam Memorandum Kerjasama (MOC) dijangka ditandatangani tahun ini.
"Melalui kerjasama ini, CIDB bersama agensi serta institusi pendidikan kemahiran di Nagasaki akan bekerjasama dalam pertukaran kepakaran teknikal serta latihan membabitkan kedua-dua pihak terutama dalam sektor pembinaan dan perkapalan," katanya.
Pertukaran teknologi juga akan diperkemaskan menerusi kerjasama tersebut yang antara lain memfokuskan penggunaan teknologi moden dalam kerja kimpalan dan pengendalian jentera berat.
Alexander yang kini dalam lawatan kerja ke Nagasaki berkata beliau bersama delegasi KKR, CIDB, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut berkesempatan bertemu Gabenor Wilayah Nagasaki Dr Oishi Kengo.
Pertemuan itu adalah susulan lawatan kerja CIDB ke Jepun tahun lepas, yang bertujuan meneroka peluang menghantar pelatih TVET ke Nagasaki untuk mendalami ilmu berkaitan, bertepatan dengan komitmen Kerajaan MADANI kepada pembangunan belia dan pertukaran pengetahuan.
"Dalam perbincangan bersama Dr Oishi semalam, kami bersetuju bahawa banyak limpahan manfaat dapat dihasilkan melalui kerjasama ini terutamanya dalam membantu menyediakan latihan vokasional untuk pekerja berkemahiran serta mengembangkan lagi pembangunan tenaga kerja.
"Ia juga akan menjadi satu usaha perkongsian kemahiran dan teknologi yang bermakna bagi kedua-dua negara serta merapatkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun, seterusnya memberi faedah kepada ekonomi masing-masing dan menyumbang kepada kemajuan global bidang TVET," katanya.
Alexander turut menzahirkan komitmen KKR menerusi CIDB untuk memperkasa TVET terutama membabitkan generasi muda, selaras dengan peranan CIDB yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan seterusnya melahirkan pekerja binaan yang kompeten dan berkualiti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024

Alexander bertemu Gabenor Wilayah Nagasaki Dr Oishi Kengo. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.
AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.
AWANI Ringkas: Konflik Gajah - Manusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
LIMA'25: hari kedua tingkat keterujaan orang awam
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 memasuki hari ke-2 hari ini dimana pelbagai lagi acara akan diadakan sehingga 24 Mei ini.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik

Dr Ravigadevi saintis pertama Malaysia dipilih sebagai Fellow Royal Society
Pemilihan Dr Ravigadevi Sambamhamutthi sebagai Fellow Royal Society pertama Malaysia adalah detik kebanggaan untuk negara.

Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 - HLIB
HLIB menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit.
Rafizi tuduh kem Izzah lindungi 'oportunis' PKR
Rafizi tuduh kem Izzah lindungi 'oportunis' PKR
Persiapan Kongres Nasional lancar - Fuziah Salleh
Persiapan bagi keseluruhan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual bermula esok berjalan lancar setakat ini.

ASEAN perlu kerja lebih keras tubuh Badan Penilaian Keakuran - Menteri Kerja Raya
Gempa bumi di Myanmar dan Thailand baru-baru ini memberi petunjuk bagi negara anggota ASEAN untuk bekerja lebih keras untuk menubuhkan Badan Penilaian Keakuran.

Jalan, lebuh raya baharu perlu ada terowong hidupan liar - KKR
Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya akan memastikan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu selepas ini direka bentuk dan dibina dengan terowong hidupan liar.

Nanta ulangi amaran tegas kepada syarikat konsesi penyenggaraan jalan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengulangi amaran tegas kepada semua syarikat konsesi penyenggaraan jalan raya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

PM saran KKR teruskan penggunaan teknologi terkini, jimat kos
Perdana Menteri berkata kementerian itu juga mesti berusaha menghasilkan infrastruktur yang berkualiti dan berfungsi sepertimana yang dimatlamatkan.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.

Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.

KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

KKR lulus RM55.97 juta selenggara jalan di Kulim, Sandakan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan sebanyak RM55.97 juta melibatkan 30 Arahan Kerja (AK) Penyenggaraan untuk jalan Persekutuan di Kulim, Kedah dan Sandakan, Sabah.

JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.