awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR jamin trafik lancar, tiada kerja penurapan dilaksana

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/08/2023
00:00 MYT
KKR jamin trafik lancar, tiada kerja penurapan dilaksana
Abdul Rahman berkata, tiada kerja-kerja turapan di laluan seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan kawasan-kawasan negeri yang terlibat PRN bermula hari ini hingga Ahad ini. - Foto fail/BERNAMA
GUA MUSANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan tiada kerja-kerja penurapan baharu di laluan utama yang boleh menyebabkan trafik sesak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, tiada kerja-kerja turapan di laluan seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan kawasan-kawasan negeri yang terlibat PRN bermula hari ini hingga Ahad ini.
Menurutnya, KKR bersedia memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya yang bakal pulang ke kampung untuk mengundi.
"Bermula dengan 11 hingga 13 Ogos, kalau lebuh raya kita tidak mahu ada penurapan baharu dan sebagainya menyebabkan trafik tergendala.
"Bagi jalan-jaan persekutuan seperti Bentong, Lipis, Raub, Gua Musang boleh menyurai ke KB, kita sekarang sedang bina Lingkaran Tengah Utama (LTU). Saya minta mereka memberhentikan sepanjang tiga hari ini dan kita membuat lencongan yang boleh membuat pengundi balik untuk pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Desa Cergas di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di Gua Musang, Kelantan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Mohamad
#kerja penurapan
#PRN
#trafik sesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan