awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR jangka sistem tol MLFF dapat dilaksanakan pada 2025

Bernama
Bernama
10/07/2023
16:54 MYT
KKR jangka sistem tol MLFF dapat dilaksanakan pada 2025
Nanta berkata sistem MLFF tersebut, akan lebih memudahkan pembayaran pengguna lebuh raya dengan menggunakan sistem tol gantri yang dilengkapi dengan kamera pengesan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dapat dilaksanakan pada 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata sistem berkenaan masih lagi dalam proses perundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya, namun pihaknya berharap agar mendapat persetujuan lebih awal dengan syarikat konsensi yang terlibat, supaya sistem MLFF itu dapat dilaksanakan lebih cepat pada penghujung 2024.
"Pelbagai lagi perkara berkaitan perlu diperhalusi, sebab ia melibatkan syarikat konsesi yang banyak serta melibatkan dari segi perundangan, segi kawal selia, persediaan membangunkan sistem itu dan teknologi yang terlibat," katanya dalam rancangan temu bual Naratif Khas yang bertajuk OPS: Pengurusan Trafik Efisien dan Moden di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam Isnin.
Beliau berkata sistem MLFF tersebut, akan lebih memudahkan pembayaran pengguna lebuh raya dengan menggunakan sistem tol gantri yang dilengkapi dengan kamera pengesan.
Pada 27 Mac lepas, Nanta telah mengumumkan Lebuh raya Sungai Besi (Besraya) telah terpilih sebagai lokasi bukti konsep (POC) MLFF yang pertama, yang akan dilaksanakan pada penghujung Oktober 2023.
Sementara itu, beliau berkata Lebuh raya Maju Expressway (MEX) dan rangkaian lebuh raya di bawah IJM Corporation Bhd (IJM), akan memulakan sistem pembayaran tol OPS atau sistem pembayaran terbuka pada September ini, sebelum ia diperluaskan kepada 10 lagi syarikat konsesi yang terlibat.
"OPS ini dapat memberikan pilihan pembayaran (tol) kepada pengguna dengan lebih fleksibel, kerana ia boleh dibayar menggunakan kad debit, kad Visa ataupun Mastercard. Akan datang, kita (Kementerian Kerja Raya) akan mengambil kira pembayaran e-Wallet," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MLFF
#syarikat konsesi
#pengguna lebuh raya
#sistem pembayaran terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan