awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR kaji teknologi baharu tampal jalan berlubang - Timbalan Menteri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/06/2023
03:40 MYT
KKR kaji teknologi baharu tampal jalan berlubang - Timbalan Menteri
Setakat April 2023, sebanyak 2,138 lubang di jalan persekutuan di seluruh negara telah ditampal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mengkaji penggunaan teknologi baharu bagi penampalan jalan-jalan persekutuan yang berlubang bagi memastikan ia lebih tahan lama dan berkualiti.
Timbalan Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, KKR menerima kertas-kertas cadangan daripada syarikat berkaitan, yang antaranya mencadangkan penggunaan bahan 'premix getah sekerap'.
"Dari segi kajian kita, sememangnya premix getah sekerap adalah baik, tetapi kosnya amat ketara.
"Bagaimanapun, kita cuba melaksanakan dan ujian pertama dilakukan di Lojing, Gua Musang. Ia didapati memang baik (dari segi kualiti).
"Kita hendak tengok jangka hayat yang dijanjikan oleh syarikat yang memperkenalkan teknologi baharu berkenaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang meminta penjelasan adakah kementerian akan memperkenalkan teknologi baharu agar tampalan jalan lebih berdaya tahan dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus mengurangkan jumlah jalan berlubang.
Abdul Rahman berkata, antara punca jalan kerap berlubang di kawasan tertentu adalah kerana ia dilalui oleh kenderaan yang melebihi muatan yang ditetapkan, iaitu 60 tan.
"Saya pernah bertanya (kepada pemandu) sebuah lori yang berhenti di tepi jalan. Dia kata, lebih kurang 100 tan kenderaan yang membawa muatan itu. Ini antara punca sebenarnya," ujarnya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan setakat April 2023, sebanyak 2,138 lubang di jalan persekutuan di seluruh negara telah ditampal.
Manakala, bagi tempoh 2022 pula, sebanyak 8,519 lubang di jalan persekutuan di Semenanjung ditampal.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#jalan berlubang
#Kementerian Kerja Raya
#tampal jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan