KUALA LUMPUR:Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat kerja-kerja penampalan jalan berlubang menerusi Kempen Aku Janji Zero Potholes yang diperkenalkan semula pada Julai lepas
KKR dalam kenyataan memaklumkan Kempen Aku Janji Zero Potholes sebelum ini dari 2016 hingga 2018 bertujuan memperkukuhkan komitmen kementerian terhadap penyampaian perkhidmatan penyenggaraan jalan dalam negara.
"Ia adalah inisiatif kementerian bersama JKR dan enam syarikat konsesi bagi Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.
"Di bawah kempen ini, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam daripada penemuan atau aduan kerosakan dan dalam tempoh tiga hari bagi pembaikan kekal seperti mana dalam kontrak 'Federal Road Maintenance'," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut kerosakan 'pothole' merujuk kepada lubang berkelebaran 200 hingga 1,000 milimeter (mm).
"Sekiranya kelebaran lubang itu di bawah 200 mm, teknik tampalan tidak melibatkan potongan tetapi sebaliknya ditampal terus, namun apabila kelebaran lubang itu sehingga 1,000 mm, ia memerlukan kaedah pemotongan jalan sebelum menampalnya.
"Jika dimensi lubang itu melebihi 1,000 mm, maka ia perlu dilihat sebagai kegagalan pavement," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, KKR memperuntukkan RM1.09 bilion bagi kerja-kerja senggara Jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk bil elektrik, lampu isyarat dan lampu jalan pada 2021.
"Kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta untuk pelaksanaan 'weight in motion' di jalan-jalan persekutuan yang dikenal pasti menerusi bajet 2021.
"KKR akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan permukaan jalan tidak cepat rosak akibat daripada lebihan muatan kenderaan," katanya.
Dalam pada itu, KKR sentiasa komited dalam memastikan setiap aduan yang diterima diselesaikan dengan kadar segera tanpa mengira status pengadu dan turut mengamalkan 'No Wrong Door Policy' demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
"Sebanyak 4,091 aduan kategori infrastruktur awam telah diterima KKR dan JKR sehingga 30 Nov. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,473 aduan merupakan aduan jalan rosak. Kesemua aduan telahpun diselaraskan dan diambil tindakan oleh JKR.
"Hampir 200,000 jalan berlubang dikesan dan dibaiki melalui pemantauan dan data rondaan JKR pada 2019 manakala 64,000 jalan berlubang telah direkodkan dan diambil tindakan sehingga Jun lepas," menurut kenyataan itu.
KKR juga menyifatkan setiap aduan dan pandangan yang diberikan bertujuan untuk pembangunan sejagat agar maklumat yang tepat dan lengkap diperolehi bagi tujuan siasatan yang jelas di lokasi.
Pada 27 Dis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilapor terbabit kemalangan apabila basikal ditunggangnya terbalik, selepas tayar hadapan terperosok dalam lubang atas jalan dengan beliau mengalami kecederaan ringan pada muka selepas terhumban pada bahu jalan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020
Kerosakan 'pothole' merujuk kepada lubang berkelebaran 200 hingga 1,000 milimeter. - Gambar hiasan
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
KKR mohon lebih banyak peruntukan untuk selenggara jalan di Sarawak - Nanta
Kementerian Kerja Raya akan berusaha untuk menyelenggara jalan-jalan Persekutuan di Sarawak dengan memohon lebih banyak peruntukan bagi merealisasikan hasrat itu.
Keutamaan kepada kontraktor tempatan dalam kontrak kerajaan - Ahmad Maslan
Kontraktor tempatan yang memiliki keupayaan kewangan dan operasi yang baik akan diberi keutamaan untuk kontrak-kontrak kerajaan.
KKR lulus RM113 juta selenggara jalan, cerun di negeri terjejas banjir
Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan permohonan berjumlah RM113 juta bagi menyelenggara jalan dan cerun di negeri terjejas banjir pada Monsun Timur Laut ini.
Projek Lebuhraya Pan Borneo diberi perhatian serius supaya siap ikut jadual - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah diberi perhatian serius supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual.
40 tempat teduhan penunggang motosikal di lebuh raya berjaya dibina - Nanta
Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan.
MLFF dirancang kerajaan terdahulu, KKR teliti semua aspek pelaksanaan - Alexander
KKR dan LLM sedang meneliti semua aspek melibatkan pelaksanaan MLFF seperti dirancang kerajaan terdahulu yang bermula pada tahun 2021.