MALAYSIA
KKR pantau 1,500 cerun berisiko tinggi, siap siaga hadapi MTL 2025-2026
KKR memberi jaminan untuk terus memantau sekitar 1,500 kawasan cerun berisiko sangat tinggi menjelang MTL 2025-2026. Pemantauan ini dilakukan melalui sistem amaran awal tanah runtuh dan tolok hujan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan untuk terus memantau sekitar 1,500 kawasan cerun berisiko sangat tinggi menjelang Monsun Timur Laut (MTL) 2025-2026, dengan pemantauan dilakukan melalui sistem amaran awal tanah runtuh dan tolok hujan di seluruh negara.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun telah mengambil langkah proaktif merangkumi strategi pra, semasa dan pasca bencana bagi memastikan Jalan Persekutuan dan cerun sentiasa selamat.
“34,633 bilangan cerun diinventori, dan daripada itu, 1,572 cerun dikenalpasti ada tahap risiko sangat tinggi. Selain itu, pengumpulan peta data bahaya di negeri Semenanjung Malaysia, 2,100 kilometer jalan telah siap pada Ogos 2025.
Terdapat 73 stesen tolok hujan di seluruh Malaysia, 41 stesen di Semenanjung, 19 di Sabah, 11 di Sarawak dan 2 di Labuan,” katanya lagi.
Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit menjelaskan, JKR telah melaksanakan perkumpulan data dan menghasilkan peta bahaya serta risiko cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia bagi mengenal pasti cerun berisiko tinggi.
Selain itu, beliau berkata, JKR turut menggariskan tindakan awal sekiranya berlaku insiden tanah runtuh, termasuk pembersihan laluan dan sisa runtuhan tana; pelan pengurusan trafik dan jalan lencongan; perlindungan permukaan cerun sebelum pembaikan kekal; serta persiapan tenaga kerja, jentera dan logistik di peringkat negeri dan daerah.
“Semua JKR negeri dan daerah diarahkan untuk laksanakan langkah berjaga-jaga dan buat persiapan rapi dari aspek tenaga kerja, jentera dan logistik,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, di Dewan Rakyat yang ingin mengetahui persediaan kementerian menghadapi Monsun Timur Laut bagi memastikan jalan Persekutuan dan cerun sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat.
Dalam pada itu, Alexander turut mengulas insiden jalan runtuh di Gua Musang pada 17 November lalu, yang disahkan berada di bawah bidang kuasa negeri.
“Fungsi sepenuhnya bidang kuasa negeri. Jika negeri Kelantan sentiasa pantau syarikat konsesi berdasarkan skop perjanjian, mereka diwajibkan untuk melaksanakan pemeriksaan rutin secara berkala termasuk kenal pasti jalan yang sering berlaku lubang benam atau sinkhole. Laporan akan dikeluarkan setiap bulan, kekerapan pemeriksaan adalah seminggu sekali,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Kementerian Kerja Raya (KKR) memantau 1,500 kawasan cerun berisiko tinggi menjelang Monsun Timur Laut (MTL) 2025-2026 dengan sistem amaran tanah runtuh dan tolok hujan.
- Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil langkah proaktif merangkumi strategi pra, semasa, dan pasca bencana untuk memastikan keselamatan Jalan Persekutuan dan cerun.
- JKR menghasilkan peta bahaya dan risiko cerun di Jalan Persekutuan serta melaksanakan tindakan awal termasuk pembersihan laluan, pengurusan trafik, perlindungan cerun, dan persediaan tenaga kerja menghadapi insiden tanah runtuh.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun telah mengambil langkah proaktif merangkumi strategi pra, semasa dan pasca bencana bagi memastikan Jalan Persekutuan dan cerun sentiasa selamat.
“34,633 bilangan cerun diinventori, dan daripada itu, 1,572 cerun dikenalpasti ada tahap risiko sangat tinggi. Selain itu, pengumpulan peta data bahaya di negeri Semenanjung Malaysia, 2,100 kilometer jalan telah siap pada Ogos 2025.
Terdapat 73 stesen tolok hujan di seluruh Malaysia, 41 stesen di Semenanjung, 19 di Sabah, 11 di Sarawak dan 2 di Labuan,” katanya lagi.
Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit menjelaskan, JKR telah melaksanakan perkumpulan data dan menghasilkan peta bahaya serta risiko cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia bagi mengenal pasti cerun berisiko tinggi.
Selain itu, beliau berkata, JKR turut menggariskan tindakan awal sekiranya berlaku insiden tanah runtuh, termasuk pembersihan laluan dan sisa runtuhan tana; pelan pengurusan trafik dan jalan lencongan; perlindungan permukaan cerun sebelum pembaikan kekal; serta persiapan tenaga kerja, jentera dan logistik di peringkat negeri dan daerah.
“Semua JKR negeri dan daerah diarahkan untuk laksanakan langkah berjaga-jaga dan buat persiapan rapi dari aspek tenaga kerja, jentera dan logistik,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, di Dewan Rakyat yang ingin mengetahui persediaan kementerian menghadapi Monsun Timur Laut bagi memastikan jalan Persekutuan dan cerun sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat.
Dalam pada itu, Alexander turut mengulas insiden jalan runtuh di Gua Musang pada 17 November lalu, yang disahkan berada di bawah bidang kuasa negeri.
“Fungsi sepenuhnya bidang kuasa negeri. Jika negeri Kelantan sentiasa pantau syarikat konsesi berdasarkan skop perjanjian, mereka diwajibkan untuk melaksanakan pemeriksaan rutin secara berkala termasuk kenal pasti jalan yang sering berlaku lubang benam atau sinkhole. Laporan akan dikeluarkan setiap bulan, kekerapan pemeriksaan adalah seminggu sekali,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi menghadapi risiko tanah runtuh menjelang Monsun Timur Laut 2025-2026?
A: KKR memantau kawasan cerun berisiko tinggi melalui sistem amaran awal tanah runtuh dan tolok hujan, serta menggariskan strategi pra, semasa, dan pasca bencana untuk memastikan keselamatan Jalan Persekutuan dan cerun. - Q: Berapakah bilangan cerun yang ada dalam inventori KKR, dan berapa jumlah cerun yang dikenalpasti mempunyai risiko sangat tinggi?
A: Terdapat 34,633 bilangan cerun dalam inventori KKR, dan sebanyak 1,572 cerun dikenalpasti mempunyai tahap risiko sangat tinggi. - Q: Berapakah jumlah stesen tolok hujan yang terdapat di seluruh Malaysia, dan bagaimana pengagihannya mengikut negeri?
A: Terdapat 73 stesen tolok hujan di Malaysia, dengan 41 stesen di Semenanjung, 19 di Sabah, 11 di Sarawak, dan 2 di Labuan.