KUALA TERENGGANU: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mempertimbangkan permohonan untuk mengehadkan pemberian lesen baharu kepada kontraktor pelbagai kelas ekoran rungutan yang disuarakan oleh beberapa pihak dan persatuan kontraktor ketika ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata rungutan yang antaranya dikeluarkan oleh Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) terbukti berasas kerana persaingan sedia ada dalam kalangan pemain industri pembinaan ketika ini sudah terlalu banyak.
"Satu daripada tuntutan mereka minta kerajaan hadkan kembali pemberian lesen buat masa ini atau hentikan permohonan kerana lambakan terlalu banyak yang menyebabkan ada antara mereka tidak mendapat peluang kerja dalam sektor pembinaan.
"Perkara ini saya akan bawa ke pihak atasan supaya suara akar umbi ini didengar sekali gus memastikan pengukuhan kerajaan MADANI itu sendiri. Insya-Allah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mendengar rintihan seperti ini supaya boleh diambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKMM negeri Terengganu kali ke-47 yang turut dihadiri Presiden PKMM Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan, di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata beliau akan membawa cadangan permohonan itu (mengehadkan pemberian lesen baharu) kepada Kabinet memandangkan perkara berkenaan adalah di bawah seliaan KKR menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
"KKR akan buat kertas cadangan untuk dibangkitkan dalam Kabinet dan kalau kita nak buat perkara ini, ia tidak perlu untuk dibawa ke Parlimen ... melainkan kalau ada mana-mana Ahli Parlimen yang tanya, kita akan jawab dalam dewan," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan kebimbangan PKMM mengenai lambakan kontraktor pelbagai kelas yang diluluskan CIDB telah memberikan tekanan kepada kontraktor sedia ada dalam mendapatkan projek pembinaan.
Berdasarkan statistik pada bulan lepas, jumlah keseluruhan kontraktor kelas G1 hingga G7 bertambah sekali ganda apabila mencatatkan sebanyak 136,000 lesen baharu dan sedia ada berbanding 60,000 lesen pada 2019.
Sementara itu, beliau berkata prihatin terhadap beban yang dihadapi kontraktor ketika ini berhubung kenaikan harga bahan pembinaan, kerajaan pada Mac telah meluluskan Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan terkini bagi menggantikan Jadual Kadar Harga yang menurutnya sudah tidak lagi relevan.
"Misalnya, dahulu sewaktu di kementerian lama, saya perjuangkan seperti pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berharga RM60,000 sebuah. Tapi tiada kontraktor yang sanggup bina.
"Jadi, kita dah naikkan kepada RM75,000 mengikut jadual kadar kerja yang baharu bagi sebuah rumah PPRT ... maka sudah ada beberapa peratus kenaikan supaya kontraktor lebih selesa untuk membina dengan baik kerja-kerja yang diperoleh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Abdul Rahman berkata rungutan yang antaranya dikeluarkan oleh Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) terbukti berasas. - Gambar fail
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
Aidilfitri: Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara - Alexander
Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan
Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit".
Siri Jelajah MYJalan KKR akan dilancar, Johor jadi negeri pertama
Program jelajah berkenaan akan bermula di Johor selepas pihaknya menerima pelawaan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz sendiri.
Kerosakan jalan: 'Jangan tunggu tular baru bertindak' - Alexander
Kerja membaik pulih kerosakan infrastruktur awam terutama jalan raya perlu dilakukan segera tanpa perlu menunggu aduan atau ditularkan netizen.