Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggerakkan inisiatif untuk Kuala Lumpur menduduki ranking satu daripada sepuluh teratas di dunia sebagai bandaraya paling terhubung di dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bandaraya paling terhubung bukan sahaja bermakna kelajuan internet yang pantas tetapi bandaraya yang menggalakkan inovasi, pelancongan dan membantu ekonomi tempatan melalui pelbagai saluran.
Untuk mencapai sasaran ini, DBKL akan melancarkan tiga bidang fokus utama yang dipercayai, secara kolektif, akan memberikan hasil seperti dikehendaki.
Bidang-bidang fokus ialah meningkatkan sambungan jalur lebar, aplikasi berteraskan web dan e-perkhidmatan serta kemudahan (IT) dan sumber teknologi maklumat (IT).
"DBKL yakin mengenai asas yang diperlukan untuk mencapai sasaran ini. Oleh itu, kami ingin memainkan peranan utama ke arah mencapai hasrat ini," kata beliau dalam satu kenyataan.
Tengku Adnan berkata, DBKL komited dalam memastikan semua segmen penduduk sama-sama mendapat manfaat daripada kemajuan dalam teknologi ini dan akan menekankan tentang pentingnya memastikan perkhidmatan ICT untuk keperluan pelancong, golongan miskin bandar dan kerajaan.
Beliau berkata, bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan, DBKL akan memainkan peranan lebih proaktif dari segi tadbir urus dan pematuhan sebagai cara untuk meningkatkan keseluruhan industri dalam satu program.
"Oleh itu, penguatkuasaan yang lebih ketat akan memudahkan pelaksanaan inisiatif tahap makro yang akan memberi manfaat kepada seluruh industri dalam jangka panjang," kata beliau.
Di samping itu, DBKL juga akan mengkaji untuk menaik taraf dan menyeragamkan pelbagai infrastruktur ICT dalam kawasan bandar.
Ini akan membantu memastikan penggunaan infrastruktur ICT secara mampan di bandar tanpa menjejaskan estetika bandar, katanya.
"DBKL juga akan memastikan semua struktur dikerahkan dalam cara yang tidak menyebabkan apa-apa implikasi kesihatan atau keselamatan kepada orang awam, selaras dengan dasar DBKL semua segmen untuk memastikan amalan kesihatan dan keselamatan yang dipatuhi pada keutamaan paling tinggi," katanya.
Tengku Adnan berkata, DBKL akan mula mendekati jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memulakan usaha kolaborasi untuk meraih sokongan dan kepakaran yang diperlukan untuk memastikan inisiatif ini menjadi kenyataan.
"DBKL juga akan bebekerjasama dengan pihak berkuasa terkemuka di peringkat global untuk mendapatkan perspektif antarabangsa dan yakin ia dapat menjadikan inisiatif ini satu realiti yang akan memberi manfaat kepada bandaraya, penduduk dan negara secara keseluruhan," tambahnya.
Bernama
Thu Apr 28 2016
Untuk mencapai sasaran ini, DBKL akan melancarkan tiga bidang fokus utama yang dipercayai, secara kolektif, akan memberikan hasil seperti dikehendaki. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
KL akan jadi antara bandaraya yang paling terhubung di dunia dalam masa tiga tahun
DBKL telah menggerakkan inisiatif untuk Kuala Lumpur menduduki ranking satu daripada sepuluh teratas di dunia sebagai bandaraya paling terhubung di dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.