Skip to main content

Malaysia

KL20 2026 tambah empat fokus baharu, perluas tumpuan ke lapan sektor - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos -- Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Prapelancaran Persidangan KL20 2026 hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Acara Kuala Lumpur 20 (KL20) 2026 akan memperkenalkan empat fokus tambahan, iaitu ekonomi kreatif, ekonomi digital, permainan digital dan sektor ketiga, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - Foto BERNAMA
Advertisement

PETALING JAYA: Acara Kuala Lumpur 20 (KL20) 2026 akan memperkenalkan empat fokus tambahan, iaitu ekonomi kreatif, ekonomi digital, permainan digital dan sektor ketiga, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata empat fokus tersebut merupakan penambahan kepada empat fokus asal KL20 2024, iaitu teknologi tenaga hijau, teknologi pertanian, pembuatan dan automasi, serta kewangan Islam.

"Perluasan  ini  selaras  dengan  hala  tuju  Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13)  untuk  meningkatkan kompleksiti ekonomi, memperkukuh industri berpertumbuhan dan bernilai tinggi serta menghasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan “Made  by Malaysia" (Keluaran Malaysia).

"KL20  merupakan  intervensi  yang  lebih  fokus  bagi  mengetengahkan kekuatan ekonomi Malaysia, di samping meneroka sektor baharu yang berpotensi menjadi sumber pertumbuhan ekonomi pada masa depan," katanya semasa berucap pada Majlis Pra Pelancaran KL20 2026, di sini, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata KL20 2026 membawa tema “Activating Malaysia’s Tech Arsenal: An Open Ecosystem, A Focused Mission”, yang menggambarkan sebuah ekosistem terbuka kepada idea, bakat, syarikat dan modal dari dalam serta luar negara, namun dengan misi nasional yang jelas.

Misi tersebut adalah untuk membina lebih banyak syarikat berteknologi tinggi, menggerakkan modal kepada aktiviti produktif serta mempercepat perjalanan syarikat daripada peringkat idea ke pasaran global.

--BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement