awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPSI capai kedudukan 101-125 dunia bidang pendidikan
Elak jadikan agama alat perbalahan dalam masyarakat - Aaron
Thaipusam: Melaka dijangka terima 50,000 penganut Hindu tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klausa hina bendera dan vandalisme ditarik balik

Haider Yutim
Haider Yutim
22/10/2013
06:34 MYT
Klausa hina bendera dan vandalisme ditarik balik
Kerajaan telah menarik balik dua klausa dalam cadangan pindaan Kanun Keseksaan berkenaan vandalisme dan juga penghinaan terhadap logo nasional seperti bendera.
Dua klausa tersebut ialah klausa 5 dan klausa 33.
Perkara itu dimaklumkan oleh anggota Parlimen PKR-Padang Serai N. Surendran. dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.
Belliau serta beberapa anggota Parlimen lain mendapat notis penarikan balik dua klausa tersebut selepas sesi perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.
“Kami memang menolak penghinaan terhadap Jalur Gemilang, tetapi kami menolak hukuman yang terlalu berat kepada sesiapa yang dikatakan menghina negara… dan kita tidak boleh menggunakan paksaan terhadap rakyat," katanya Surendran.
Anggota Parlimen PAS-Shah Alam Khalid Samad pula berkata dua klausa itu merupakan bukti pemikiran UMNO dan BN masih cara lama.
“Mereka nak wujudkan perasaan kasih dan cinta berdasarkan paksa bukan kebanggaan oleh rakyat,” katanya.
Sementara itu, Pakatan Rakyat (PR) akan terus menentang pindaan terhadap klausa 11 yang memperuntukan penjawat awam dilarang mendedahkan maklumat dalam kerajaan kerana ia menyamai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dalam klausa itu, mana-mana penjawat awam yang mendedahkan maklumat kerajaan kepada orang ramai tanpa keizinan boleh dikenakan denda RM1 juta atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
Surendran dalam sidang media yang sama, menyifatkan klausa tersebut sebagai ‘OSA baru’ untuk penjawat awam.
Topic Berkaitan
#bendera
#kanun keseksaaan
#Khalid Samad
#N Surendran
#Pakatan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan