awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klausa kesihatan dan keselamatan patut dimasukkan dalam perjanjian kolektif - MTUC

Bernama
Bernama
26/04/2022
20:30 MYT
Klausa kesihatan dan keselamatan patut dimasukkan dalam perjanjian kolektif - MTUC
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa majikan dan kesatuan memasukkan klausa kesihatan dan keselamatan di dalam Perjanjian Kolektif.
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan dan kesatuan memasukkan klausa kesihatan dan keselamatan di dalam Perjanjian Kolektif.
Naib Presiden MTUC Matkar Siwang dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pemasukan klausa berkenaan di dalam Perjanjian Kolektif menunjukkan keprihatinan dan komitmen majikan kepada keselamatan pekerja yang menjadi keutamaan kepada isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
"Dalam sesuatu pertubuhan tanpa kesatuan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) harus memantau syarikat supaya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memastikan aspek keselamatan tidak dikompromi," katanya.
MTUC juga telah mengatur sebuah program bersempena Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa pada 28 April ini dengan tema "Jadikan Kerja Sihat dan Selamat, Satu Hak Asasi" yang akan berlangsung pada Mei ini.
Menurut Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC), 8.1 juta pekerja menemui ajal di tempat kerja mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
#MTUC
#majikan
#kesihatan
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan