KUALA LUMPUR:Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersenarai antara 10 lapangan terbang terkemuka di dunia, demikian menurut hasil tinjauan global terbaharu Airport Service Quality (ASQ) yang menjadi penanda aras bagi segmen berkenaan.
Malah, KLIA telah melonjak ke kedudukan ke-9 bagi separuh pertama 2020 berbanding tempat ke-17 pada tahun lepas bagi lapangan terbang yang mempunyai kapasiti serupa meskipun dalam keadaan yang mencabar.
KLIA turut mencatat skor keseluruhan yag lebih baik pada 4.94 daripada 5.00 berbanding 4.69 sebelum ini, kata pengendali lapangan terbang tersebut, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan hari ini.
Lapangan terbang itu mencatat angka penuh 5.00 dari segi kepuasan menyeluruh oleh penumpang perniagaan serta mereka yang bercuti; meraih skor 4.99 bagi kebersihan terminal lapangan terbang serta 4.97 untuk aspek ketersediaan bilik air.
ASQ merupakan program kendalian Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) yang menetapkan ciri-ciri garis panduan standard perkhidmatan, protokol dan operasi untuk lapangan terbang di serata dunia.
"Walaupun dalam persekitaran mencabar susulan pelaksanaan ketetapan normal baharu dalam operasi lapangan terbang, keseluruhan komuniti lapangan terbang telah memaparkan semangat kerjasama yang kukuh dan bersatu bagi melonjakkan prestasi perkhidmatan KLIA di mata dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.
Beliau berkata, kumpulan itu telah melaksanakan usaha penambahbaikan yang pesat menerusi kempen '#1improvement1week' sejak Februari 2018 di semua lapangan terbang kendaliannya di seluruh negara.
"Sejajar dengan kedudukan sebagai lapangan terbang dan pintu masuk utama ke dalam negara ini, kebanyaka usaha itu bertumpu di KLIA. Pada tahun ini, kita telah berjaya melaksanakan 30 penambahbaikan KLIA setakat ini.
"Bagi tahun ini, kita banyak menumpukan aspek inisiatif keselamatan yang menjadi antara usaha untuk menerapkan semula keyakinan terhadap perjalanan udara," katanya.
Kesemua inisiatiif itu telah menyumbang kepada peningkatan kepuasan penumpang sebagaimana keputusan awal ASQ bagi suku ketiga 2020 yang menunjukkan skor kepuasan keseluruhan tersebut telah meningkat kepada 4.96. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020
Pemandangan waktu senja di laluan ketibaan balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Gambar fail BERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
'Saya masih menyayangi isteri saya' - Suspek kes tembak KLIA
"Assalamualaikum...saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa', terima kasih."- Suspek
Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.