Skip to main content

Malaysia

KLIA laksana latihan kecemasan berskala penuh 14 Okt - MAHB

MAHB memaklumkan latihan kecemasan bermula 8 pagi hingga 2 petang itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan KLIA untuk memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kecemasan. - Gambar fail/MAHB
MAHB memaklumkan latihan kecemasan bermula 8 pagi hingga 2 petang itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan KLIA untuk memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kecemasan. - Gambar fail/MAHB

Advertisement

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan melaksanakan Latihan Kecemasan Aerodrom Ex Perisai Panthera 2026, iaitu latihan kecemasan berskala penuh di Landasan 2 pada 14 Okt ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan kecemasan bermula 8 pagi hingga 2 petang itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan KLIA untuk memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

“Latihan berskala penuh ini akan menguji keupayaan tindak balas, pematuhan terhadap tempoh masa yang ditetapkan serta keberkesanan koordinasi antara pasukan terlibat,” menurut kenyataan itu.

MAHB memaklumkan latihan itu dilaksanakan bersama agensi keselamatan dan kecemasan negara serta rakan strategik, selaras dengan Pelan Kecemasan Aerodrom KUL (KUL AEP) dan piawaian keselamatan penerbangan antarabangsa.

“Latihan ini akan melibatkan penggunaan jentera bomba, helikopter, asap simulasi dan siren. Aktiviti itu mungkin dapat dilihat atau didengar dari sekitar Anjung Spotter dan Jalan Pekeliling. 

“Semua pergerakan dan aktiviti itu telah dirancang dan dikawal sebagai sebahagian daripada latihan dan orang awam dinasihatkan supaya tidak bimbang,” menurut MAHB, sambil menambah operasi penerbangan di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 dijangka berjalan seperti biasa. 

Menurut kenyataan itu, sebarang perkembangan berkaitan operasi lapangan terbang akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi KLIA.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement