awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLIA2 bukti kemampuan syarikat tempatan

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2013
23:00 MYT
KLIA2 bukti kemampuan syarikat tempatan
Kejayaan pesawat komersil pertama mendarat di landasan ketiga di KLIA 2 membuktikan kemampuan syarikat tempatan dalam membangunkan projek itu mengikut masa ditetapkan.
Ia sekaligus membuktikan, landasan itu sedia untuk beroperasi serta memenuhi keperluan bagi pendaratan bagi semua jenis generasi pesawat moden, termasuk Airbus A380 dan kapal terbang pengangkut terbesar di dunia, Antonov AN225.
Buletin AWANI 745 pada Isnin membincangkan mengenai keperluan sektor penerbangan tambang murah ini serta signifikan percubaan pendaratan yang berlangsung Isnin.
Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airport Berhad, Datuk Abdul Hamid Ali dalam temubual bersama Astro AWANI berkata, Landasan ketiga KLIA2 merupakan salah satu komponen penting bagi projek ini.
“Percubaan pendaratan syarikat penerbangan pagi tadi menandakan kita telah melepasi satu tanda aras untuk penyiapan KLIA2 menjelang Mei 2014,” kata Abdul Hamid.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA 2 bertujuan untuk menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang kini beroperasi melebihi tahap maksimumnya.
Keseluruhan projek itu, dilaporkan berjalan lancar dengan bangunan terminalnya dilaporkan 94 peratus siap walaupun pembukaan KLIA2 ini telah ditangguhkan sebanyak lima kali.
Menjawab soalan apa impak penangguhan ini kepada industri penerbangan negara secara keseluruhannya, Pakar Sektor Penerbangan, Mohsin Aziz berkata ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada pertumbuhan penumpang Malaysia.
“Pada lapa bulan pertama, Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.5 peratus dan ini merupakan satu jumlah yang besar di benua Asia iaitu kedua tertinggi selepas Thailand,” kata Mohsin.
Klik video untuk temubual penuh bersama panel jemputan AWANI 745.
Topic Berkaitan
#AWANI 745
#KLIA 2
#pendaratan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan