MALAYSIA
KLN puas hati persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - Mohamad Hasan
Mohamad bercakap kepada pemberita selepas meninjau lokasi penganjuran sidang kemuncak itu di KLCC di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar berpuas hati dengan persiapan dibuat menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ringkasan AI
Menterinya Datuk Seri Mohamad Hassan berkata sidang kemuncak berkenaan diharapkan dapat dianjurkan dengan jayanya, sebagaimana kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 Mei lepas.
"Hari ini telah bermula mesyuarat dari peringkat pegawai tinggi hingga ke pegawai kanan ASEAN dan ramai juga pegawai yang datang untuk meninjau. Setakat ini saya amat berpuas hati dengan persiapan venue untuk kita menganjurkan persidangan ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau lokasi penganjuran sidang kemuncak itu di KLCC di sini hari ini, dengan diiringi Ketua Sekretariat Induk Logistik ASEAN Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin.
Mohamad berkata mesyuarat peringkat menteri dijadual bermula esok (24 Okt) dan 25 Okt, sebelum sidang kemuncak berlangsung pada 26 hingga 28 Okt melibatkan ketua negara ASEAN serta pemimpin negara rakan dialog.
Mengenai aspek keselamatan, beliau berkata kawalan oleh pihak bertanggungjawab berada pada tahap paling optimum.
Beliau turut memohon kerjasama daripada orang awam terutamanya membabitkan penutupan jalan berperingkat di sekitar ibu negara.
"Alhamdulillah, keselamatan berada pada tahap baik. Cuma saya minta kerjasama semua pihak supaya perjalanan tetamu-tetamu negara berjalan lancar kerana akan ada sekatan jalan terutama pada 25 dan 26 Okt berikutan ketibaan pemimpin ASEAN dan negara rakan dialog," katanya.
Selain pemimpin ASEAN, lebih 20 pemimpin dunia dijadual menghadiri sidang kemuncak itu termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, Presiden Kesatuan Eropah Antonio Costa dan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi.
Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sejak penubuhan blok serantau itu pada 1967 selepas 2015, 2005, 1997 dan 1977.
Filipina akan mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada 2026.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Luar berpuas hati dengan persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC, dengan mesyuarat pegawai tinggi telah bermula dan sidang kemuncak dijadual berlangsung 2628 Okt.
- Keselamatan berada pada tahap optimum, namun orang awam diminta beri kerjasama berhubung penutupan jalan berperingkat pada 25 dan 26 Okt sempena ketibaan pemimpin ASEAN dan rakan dialog.
- Lebih 20 pemimpin dunia akan hadir, termasuk Presiden AS Donald Trump, PM China Li Qiang dan pemimpin EU, menjadikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN buat kali kelima sejak 1967.