TUJUH kilometer akhir menjadi detik paling sengsara buat pelari negara, S Poovasanathan.
Dia menamatkan larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 di tempat pertama bagi kategori Terbuka Malaysia menerusi catatan masa 2 jam 37 minit 38 saat.
Kesakitan di lutut kanan yang mula ditanggungnya sebaik memasuki kilometer ke-35 menyebabkan dia terpaksa memperlahankan larian.
Tindakan itu mengganggu sasarannya untuk memperbaiki catatan peribadi dengan Poovasanathan cuba mengimbangi lariannya dengan memulakan pecutan di kilometer akhir sebelum tiba di garisan penamat.
Dia bagaimanapun sekadar menyamai catatan peribadi yang pernah dilakukan olehnya dalam Sukan SEA Kemboja Mei lalu.
"Ini antara catatan saya yang paling teruk.
"Saya perlu menahan kesakitan sejak 35km dan hanya sepenuh kekuatan dalam 1km terakhir," katanya di ibu kota.
Juara Terbuka Malaysia kategori wanita, Michelle Chua, pula mempunyai perkongsian menarik menerusi catatan 3'13:06s.
Bermula dengan tekanan perasaan yang kronik selepas melahirkan anak sulung, Michelle, pernah berlari dalam hujan sambil menangis ekoran terlalu tertekan dengan keadaan.
Dari situ, Michelle berasa tenang sambil berpendapat larian mampu menenangkan emosinya dengan memilih KLSCM 2023 sebagai pelantar untuk kembali ke kancah maraton selepas terlepas dua edisi Sukan SEA.
"Suami memberi ruang kepada saya untuk melepaskan tekanan dengan larian pada sebelah pagi," katanya pula.
Bagi kategori terbuka, dua pelari Kenya mengungguli kategori lelaki dan wanita dengan Kiprop Tonui mengesahkan podium utama miliknya menerusi catatan 2'13:49s manakala kategori wanita milik Beatrice Jelagat Cherop dengan catatan 2'32:49s.
Astro Arena
Sun Oct 01 2023
Poovasanathan menamatkan larian KLSCM 2023 di tempat pertama bagi kategori Terbuka Malaysia menerusi catatan masa 2 jam 37 minit 38 saat. - Foto Astro ARENA
Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM meninggal dunia
Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk M Chandrasekaran, meninggal dunia di Kota Kinabalu pagi ini.
NVIDIA dijangka atasi Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia
Dengan permintaan pembangunan kecerdasan buatan tinggi, ia sekali gus membuatkan nilai syarikat NVIDIA turut meningkat mendadak kebelakangan ini.
Cristiano Ronaldo benar-benar meratap, terbaring selepas Al-Nassr tewas penentuan penalti
Cristiano Ronaldo kelihatan terbaring dengan penuh ratapan selepas Al-Nassr tewas kepada Al-Hilal dalam final Piala Arab Saudi pagi tadi.
Polis johor tumpas sindiket dadah bernilai RM11.6 juta
Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih 11.6 juta ringgit.
Dadah sebanyak 198.54 kilogram (KG) itu dirampas dalam tujuh serbuan serentak di sekitar johor bahru pada rabu lalu.
Dadah sebanyak 198.54 kilogram (KG) itu dirampas dalam tujuh serbuan serentak di sekitar johor bahru pada rabu lalu.
Google, Microsoft dan Intel tubuh UALink bangunkan piawaian terbuka penyambung pemecut cip AI
Dengan penglibatan syarikat-syarikat teknologi utama untuk menggunakan UALink, setiap ahli boleh menyumbang kepakaran mereka untuk faedah bersama.
Pekerja perlu diawasi majikan, meskipun bekerja dari rumah
Majikan perlu memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa diawasi meskipun mereka bekerja dari rumah (WFH).
Menurut Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, Ts Mohd Soffian Osman, perkara ini adalah selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuatkuasa pada Sabtu (1 Jun).
Menurut Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, Ts Mohd Soffian Osman, perkara ini adalah selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuatkuasa pada Sabtu (1 Jun).
PKS diingat untuk mematuhi akta pekerja yang baru dipinda
Dalam pada itu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga diingatkan untuk sama-sama mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.
Menurut menurut perunding keselamatan & kesihatan awam, safety management academy, ts mohd soffian osman, ini kerana akta tersebut digunapakai untuk semua sektor pekerjaan.
Menurut menurut perunding keselamatan & kesihatan awam, safety management academy, ts mohd soffian osman, ini kerana akta tersebut digunapakai untuk semua sektor pekerjaan.
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles telah berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham dan sedang memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan reman tujuh hari bermula Sabtu berhubung kes pembunuhan kanak-kanak berusia enam tahun itu, pada Disember lalu.
Adik dapat 9A SPM, Meerqeen mahu hadiahkan kereta
Meerqeen berkata, sebagai seorang abang, dia menyokong apa sahaja keputusan Shafeeq baik dari segi pelajaran mahu pun kerjaya.
KLSCM 2023: Sakit lutut bukan penghalang Poovasanathan juarai Terbuka Malaysia
Kesakitan di lutut kanan yang mula ditanggungnya sebaik memasuki kilometer ke-35 menyebabkan dia terpaksa memperlahankan larian.