awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster baharu dikesan di Politeknik Kulim - Exco Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
22/06/2021
08:35 MYT
Kluster baharu dikesan di Politeknik Kulim - Exco Kedah
Semua pelajar yang positif COVID-19 dibawa ke PKRC Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kulim. - Gambar hiasan/ Bernama
KULIM: Satu kluster COVID-19 baharu dikesan di Kedah membabitkan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
Beliau berkata, setakat ini sekurang-kurangnya sembilan pelajar di politeknik berkenaan disahkan positif COVID-19 dengan yang lain sedang menunggu keputusan ujian saringan.
Menurutnya, pelajar terbabit telah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kulim.
Katanya, terdapat juga pelajar yang sedang menjalani kuarantin dan pemantauan di rumah.
"Ada sembilan (pelajar sudah disahkan positif) campur enam (yang sedang tunggu pengesahan), jadi (jumlah sebenar) belasan juga.
"Mereka menjalani (ujian) RTK (Rapid Test Kit Antigen) dan (didapati) positif, (tetapi keputusan ujian) RT PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) masih lagi belum diterima.
"(Pelajar) yang positif ada yang (dihantar) masuk wad (PKRC), kemudian yang tidak teruk diwajibkan (menjalani) 'house surveillance', tapi tiada yang teruklah, semua berada pada peringkat 1 dan 2," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa PTSB telah dirahkan tutup dan pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) ketika ini masih menyiasat punca jangkitan kluster terbabit.
Dalam pada itu, Dr Hayati turut memaklumkan bahawa 21 penduduk Kampung 30, Tokai, Pendang juga dilaporkan positif COVID-19 hari ini.
Menurutnya, penduduk warga emas yang positif telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi rawatan lanjut memandangkan keadaan mereka agak serius.
Katanya, kes di lokaliti itu dijangka akan diumumkan sebagai salah satu kluster baharu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
Topic Berkaitan
#politeknik kulim
#COVID-19
#kluster
#PTSB
#Dr Mohd Hayati Othman
#Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
#PKRC
#Tokai
#Kluster baharu
#Pendang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan