Kluster baharu dikesan, ini lima tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham

Fauzi Suhaimi
September 17, 2020 09:30 MYT
Kluster Selamat berpunca daripada kes indeks kluster seorang wanita Malaysia berusia 32 tahun. Gambar BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu COVID-19 dilaporkan di Semporna, Sabah iaitu Kluster Selamat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu berpunca daripada kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,969) merupakan seorang wanita Malaysia berusia 32 tahun.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Khamis, 17 September 2020:
1 - KKM kesan satu kluster baharu di Semporna, Sabah iaitu Kluster Selamat.
2- Kes jangkitan COVID-19 di negara ini menyaksikan penurunan kepada 21 kes pada Khamis berbanding 62 kes pada Rabu.
3- Daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 15 warganegara dan satu bukan warganegara, manakala lima lagi adalah kes import membabitkan rakyat tempatan.
4- Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 674 kes.
5- Tiada kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kekal sebanyak 128 kes.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #KKM #Kluster Selamat #koronavirus #Malaysia #Media #Noor Hisham Abdullah #rakyat #Semporna #wanita