awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran

Bernama
Bernama
13/03/2022
21:05 MYT
Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran
Masidi berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60 kes positif daripada kluster terbabit hasil saringan ke atas 88 kontak rapat kepada kes indeks. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu COVID-19 dicatatkan semalam di Sabah iaitu Kluster Kumpulan Berisiko melibatkan pusat penjagaan kebajikan Hope Village di Jalan Tambalang, Tuaran.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kluster berkenaan melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang sedang menjalani latihan praktikal di pusat jagaan itu dan tinggal di kuarters pekerja.
"Pelajar itu didapati positif melalui saringan bergejala pada 5 Mac lepas dan hari ini terdapat 40 kes baharu dicatatkan," katanya dalam kenyataan media di sini malam tadi.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60 kes positif daripada kluster terbabit hasil saringan ke atas 88 kontak rapat kepada kes indeks.
Beliau berkata siasatan lanjut masih berjalan dan pesakit yang positif telah diasingkan dan diberi rawatan sewajarnya.
Masidi berkata jumlah kes harian meningkat kepada 845 kes hari ini berbanding 796 kes semalam dan ia berpunca daripada jangkitan baharu yang meningkat di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.
"Risiko dan ancaman penularan virus dengan cepat dan meluas tetap ada, semua lapisan masyarakat perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) setiap masa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#pelajar wanita di kuarters
#COVID-19 di Sabah
#rumah kebajikan di Tuaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan