KUALA LUMPUR:Salah satu daripada 16 kluster yang disahkan pada Rabu adalah melibatkan majlis pengebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kluster yang diberi nama sebagai Kluster Kampung Balibata itu melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.
“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138593) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan sebelum rentas negeri.
“Kluster ini melibatkan majlis pengebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata, Beaufort.
“Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” jelas KKM dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, jumlah kluster dalam negara juga bertambah kepada 685 setakat Rabu.
Daripada 16 kluster baharu, 11 adalah berpunca daripada tempat kerja dan kesemua kluster itu melibatkan sembilan buah negeri iaitu Johor, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Perak, Pahang dan Melaka.
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 20 Januari 2021:-
- Jumlah kluster : 685 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 367 kluster (termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Domis, Kluster Tinusa, dan Kluster Delima);
- Manakala jumlah kluster aktif pula sebanyak 318 kluster.
BACA: COVID-19: 16 kluster baharu di 9 negeri, majoriti babit tempat kerja
BACA: COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu, kes aktif kini lepasi 41,000
Faris Danial Razi
Wed Jan 20 2021
Menurut Ketua Pengarah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster yang diberi nama sebagai Kluster Kampung Balibata itu melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah. - Bernama
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Kluster COVID-19 libatkan majlis pengebumian dan tahlil, 35 yang disaring sah positif
Kluster yang diberi nama sebagai Kluster Kampung Balibata itu melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.