NATIONAL
Kluster, kes baharu COVID-19: Pakai pelitup muka dengan elok, tutup hidung - Pakar
Dr Malina menyambut baik tindakan Kementerian Kesihatan memperluas saringan dalam komuniti di Sabah bagi mengesan jangkitan yang dilihat semakin merebak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kegagalan atau culas dalam pematuhan langkah pencegahan dilihat menjadi antara faktor peningkatan kes dan kluster baharu COVID-19.
Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, buat masa ini tiada cara lain untuk mengekang penularan virus ini, kecuali dengan mematuhi langkah pencegahan sedia ada.
"Kalau kita lihat secara retrospektif kepada kesan pendedahan sebelum ini, kita boleh jangkakan kadar sebaran agak meluas berbanding gelombang pertama dan kedua.
"Justeru, kita semua individu dalam masyarakat perlu memahami keadaan ini. Kita tidak mampu melakukan yang lebih lagi berbanding yang disyorkan.
"Kita perlu jaga jarak, pakai pelitup muka dan jaga kebersihan tangan. Bagaimanapun, saya dapati, penggunaan pelitup muka, pematuhannya agak rendah.
"Masing-masing pakai pelitup muka, tetapi biasanya mendedahkan bahagian hidung," ujar Dr Malina ketika dihubungi Astro AWANI.

#COVID19
#Sabah
#kes baharu COVID19
#kes tertinggi COVID19
#langkah pencegahan
#pelitup muka
#Malina Osman
#pematuhan
#SOP
#ujian saringan
#tutup hidung
#saringan dalam komuniti
#gelombang baharu
#kluster
#jangkitan
#kebersihan
#jaga jarak