awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Mata Pelajaran: Beri penekanan aspek latihan, gesa NUTP

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/03/2022
11:00 MYT
Kluster Mata Pelajaran: Beri penekanan aspek latihan, gesa NUTP
Kekurangan guru ketika ini sangat kritikal dan pengambilan secara one-off akan mengurangkan bebanan guru. - Gambar hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Biarpun kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) bagi pengambilan guru secara one-off mampu memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan, namun aspek latihannya tidak boleh dipandang ringan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Wang Heng Suan berkata, mereka yang tidak mempunyai kemahiran pedagogi perlu diberi perhatian bagi menjamin objektif pelaksanaannya dapat dicapai.
"Ada sesetengah mereka bukan dalam guru terlatih, yang tiada kemahiran pedagogi. Difahamkan pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) sudah menyediakan modul khas bagi memberi latihan yang dipanggil kursus dalam cuti selama 150 jam.
"Dalam kursus ini mereka akan diajar macam mana nak mengajar dan mengawal kelas, dan diharapkan dapat juga diterapkan juga kod etika berhubung apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh seorang guru, terutama dalam sosial media, sebagai contoh mengeluarkan statement tidak sepatutnya.
"Mungkin ada guru yang kemahirannya Geografi tetapi sekolah perlukan guru Sejarah, jadi kemahiran guru itu dalam mengajar Sejarah kurang.
"Justeru guru ini boleh jalani kursus Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) supaya dia lebih mahir dalam bidang yang diajarnya," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI pada Rabu.
Tambah beliau, kekurangan guru ketika ini sangat kritikal dan pengambilan ini secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan guru.
Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
KPM | Pengambilan guru secara 'one-off'
Topic Berkaitan
#Kluster Mata Pelajaran
#pendidikan
#guru
#Datuk Dr Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan