KUALA LUMPUR: Ahli keluarga pekerja yang terlibat dalam sektor kritikal atau bergiat aktif dalam industri ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 wajar dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19 segera.
Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpandangan, ia termasuk pekerja yang tinggal bersama warga emas dan golongan rentan.
Jelas beliau, langkah tersebut secara tidak langsung dapat mengelakkan penularan jangkitan dari tempat kerja kepada ahli keluarga.
"Dalam mana kita nak merancakkan pemberian vaksin, ia boleh ditambah baik dengan penglibatan... di mana pada pendapat saya, kalau kita dapat vaksinasi mengikut keluarga ia lebih cepat.
"Tetapi kalau dalam kumpulan warga emas itu ada mereka yang bekerja dalam industri, ia disekalikan (vaksinasi). Maksudnya lebih cepat lagi kita melindungi mereka yang berada di lapangan yang mungkin berpotensi menyebarkan jangkitan kepada warga emas dan kita dapat mengelakkan juga kemungkinan ada komplikasi-komplikasi kepada mereka yang berisiko," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Malina berkata perkara itu boleh dilaksanakan dengan komitmen semua pihak bagi membolehkan mereka yang berisiko dapat divaksinasi secepat mungkin.
Selain itu, beliau berkata Malaysia mempunyai kapasiti untuk mengutamakan vaksinasi kepada pekerja dalam industri memandangkan bekalan vaksin dijangka bertambah.
Jelas beliau lagi, ia sekali gus dapat mengelakkan peningkatan kluster tempat kerja.
Ketika ini, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua.
"Kalau dari segi awal dulu, kita tengok bahawa keutamaan memang kepada kumpulan warga emas, berpenyakit kronik dan OKU, tetapi waktu itu kita tidak ada kes yang banyak seperti hari ini.
"Dalam konteks itu pada pandangan saya, kita bukan sahaja nak melindungi mereka yang rentan daripada mendapat komplikasi yang serius akibat jangkitan, tetapi juga untuk mencegah penularan yang lebih tinggi.
"Saya dapati mereka di tempat kerja ini berperanan dalam menyebabkan perebakan secara sporadik dalam komuniti," ujarnya.
Setakat semalam, 20 kluster direkodkan daripada keseluruhan 25 kluster yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 18 2021
Malaysia mempunyai kapasiti untuk mengutamakan vaksinasi kepada pekerja dalam industri memandangkan bekalan vaksin dijangka bertambah - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
99.71 peratus kes positif di Sarawak daripada kategori 1 dan 2
Sejumlah 82.61 peratus bersamaan 1,159 daripada 1,403 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini adalah tergolong dalam kategori 1 dan 2.
COVID-19: Sembilan kluster baharu direkodkan, tiga kluster disahkan tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan pada 28 Februari 2021 menjadikan sebanyak 491 kluster aktif setakat ini.
Penempatan pekerja: Bincang dengan majikan, pemaju - Lee Lam Thye
Cadangan menempatkan pekerja di hotel adalah tidak sesuai memandangkan kos yang terlalu tinggi.
Badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan kawal aktiviti selepas PKP
Dr Malina bersetuju jika beberapa sektor ekonomi diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
COVID-19: Kurang disiplin kendiri, kesedaran punca peningkatan kluster tempat kerja - MTUC
Kurang kesedaran mengenai dengan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja antara punca jangkitan kes COVID-19 di tempat kerja meningkat.
Kluster Tempat Kerja: Polis PJ mula tinjauan di pejabat-pejabat
Nik Ezanee berkata, pihaknya menyasarkan mengunjungi sekurang-kurang 100 pejabat pada minggu ini.