SINEMA Indonesia dengan filem yang diangkat daripada karya sastera yang hebat sudah menjadi satu tradisi.
Malah, pengarah terkenal sentiasa mahu melengkapkan portfolio kerja seni mereka dengan membawakan novel ke sastera.
Uniknya, bukan hanya novel tetapi puisi yang sudah difilemkan.
Sinema Indonesia memang selalu dihangatkan oleh keberangkatan hasil sastera ke layar lebar, apa lagi karya legendaris.
"Puisi Hujan Bulan Juni" mencipta legasi sinema dalam sejarah kesusasteraan Indonesia.
Karya penyair terkenal Sapardi Djoko Damono menjadi karya puisi pertama difilemkan.
Sapardi kelahiran 1940 di Surakarta memang dikenali sebagai penyair agung dalam sastera Indonesia moden.
Tokoh ini sangat dihormati dan dikagumi generasi muda kerana "kata-kata indah yang magis".
Sepilihan puisi "Hujan Bulan Juni" terbitan 1991 diangkat ke layar lebar kerana dianggap sebuah karya paling romantis dan sangat mempengaruhi genarasi muda Indonesia.
Sepilihan "Hujan Bulan Juni" juga mendapat sambutan hangat selama tiga dekad selepas diterbitkan 30 tahun lalu.
Selain turut diadaptasi menjadi lagu, sajak "Hujan Bulan Juni" secara kreatif dipindahkan menjadi filem oleh Hestu Saputra pada 2017.
"Hujan Bulan Juni" dibintangi Adipati Dolken, Velove Vexia, Surya Saputra dan Koutaro Kakimoto.
Kita nikmati keindahan puisi ini serta melihat betapa indahnya karya 12 baris yang menjadi kunci menghasilkan sebuah filem.
Hujan di bulan Juni
Tak ada yang lebih tabah
Dari hujan bulan Juni
Dirahasiakannya rintik rindunya
Kepada pohon berbunga itu
Tak ada yang lebih bijak
Dari hujan bulan Juni
Dihapuskannya jejak-jejak kakinya
Yang ragu-ragu di jalan itu
Tak ada yang lebih arif
Dari hujan bulan Juni
Dibiarkannya yang tak terucapkan diserap akar pohon bunga itu
(1991)
Inilah sepilihan kata-kata Sapardi Djoko Damono yang secara melankolis dan penuh ilusi diarahkan Hestu Saputra dengan lakon layar yang ditulis Titien Wattimena.
Puisi Hujan Bulan Juni melahirkan watak Sarwono dan Pingkan yang dimunculkan menjadi pasangan kekasih dalam filem ini.
Hujan Bulan Juni yang indah itu menjadi kembara cinta sepasang merpati; si gadis dan sang pria yang tergugah cintanya apabila berpisah kerana melanjutkan pelajaran.
Puisi Sapardi Djoko Damono kunci romantis filem Hujan Bulan Juni.
Selain puisi ke filem, novel Catatan Seorang Demonstran karya Soe Hok Gie (1983) turut dimasyhurkan ke sinema Indonesia.
Satu tanda hormat pembikin filem generasi milenia terhadap tokoh aktivis mahasiswa pada era awal tumbuhnya gerakan anti Suharto.
Soe Hok Gie yang mati muda diberikan kredit kerana perjuangannya. Sekali pun secara profil dia berdarah Tionghua.
Catatan Seorang Demonstran difilem sebagai berjudulkan Gie; watak novelis dan juga aktivis politik muda.
Gie diangkat ke Sinema sebagai "catatan seorang mahasiswa yang menjadi demonstran pada dekad penuh tekanan menentang rejim Suharto".
"Gie" menjadi filem hebat pada 2005 dengan diarahkan Riri Riza dan diterbitkan Mira Lesmana.
Malah, merebut hati generasi muda Indonesia untuk meraikan filem ini kerana turut membariskan bintang terkenal Nicolas Sapurta sebagai Gie.
Nicolas Saputra ketika itu pelakon popular setelah mencipta fenomena melalui filem Ada Apa Dengan Cinta.
Wataknya sebagai Rangga dalam filem arahan Rudy Soewardjo (2001) itu yang turut mengangkat puisi-puisi Chairil Anwar melalui autobiografi Aku tulisan Sjuman Djaya.
"Gie" menjadi filem tanda hormat sinema Indonesia pada susuk penulis dan aktivis muda yang tegar menghabiskan usia mahasiswa sebagai pejuang dari kampus.
Gie - mahasiswa Universiti Indonesia mati muda pada usia 27 akibat terjatuh ketika mendaki Gunung Simela pada 16 Disember 1969.
Filem "Gie" bukan sekadar mengangkat novelis tetapi biografi si penulis Soe Hok Gie.
Naratif filem ini menceritakan perjalanan hidup Soe Hok Gie yang dengan berani dan penuh impian mahu melihat lahirnya Indonesia yang lebih demokratik.
Filem ini mencipta sejarah kerana Riri Reza dan Mira Lesmana memilih sinema sebagai rakaman penghormatan pada Gie.
Soe Hok Gie (1942-1969) hanya terkenal pada generasi milenia Indonesia setelah 15 tahun kematiannya.
Novel Catatan Seorang Demonstran hanya dicetak pada 1983 selepas 14 tahun Soe Hok Gie pergi.
Apabila novelnya difilemkan 22 tahun kemudian - nama Gie melekat pada jiwa generasi pasca reformasi Indonesia.
Malah, filem ini dicatat sebagai filem yang paling banyak diputarkan sepanjang tiga dekad; dari kampus ke kampus di seluruh Indonesia sampai ke hari ini.
"Gie" bukan sekadar filem autobiografi tetapi menjadi memoir dan jurubicara yang menghidupkan sejarah semangat perjuangan mahasiswa Indonesia pada dekad 60-an.
Filem ini meraih anugerah Filem Terbaik, Aktor Terbaik dan Sinematografi Terbaik Festival Filem Indonesia 2005 ini. Seterusnya kekal hidup dan dijadikan filem simbol "jiwa mahasiswa" Indonesia.
Sinema Indonesia tidak hanya berpaksikan pada citra cinta romantis dari puisi atau seputar dunia revolusi jalanan oleh anak muda.
Karya religus juga mendapat tempat dan diberikan penghormatan.
Filem "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" diadaptasi dari novel Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) turut menciptakan fenomena pop.
Filem cinta sepasang kekasih yang terhalang perbezaan latar belakang etnik dan semangat kesukuan ini turut diangkat ke sinema moden.
Filem arahan Sunil Soraya ini berjaya mencapai tahap pecah panggung dengan lakonan hebat Pevita Pearce, Herjunot Ali, Reza Rahadian dan Randy Danistha.
"Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" menerima pujian pengkritik kerana diadaptasi dengan baik dan memelihara semangat asal Hamka.
Meski pun novel "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" terbitan 1938, namun wujud nuansa moden yang ditampilkan secara artistik.
Begitulah sinema Indonesia mengangkat tiga buah karya sastera dalam tiga nuansa berbeza.
Cuma mengekalkan dengan semangat penghormatan yang luar biasa pada puisi dan novel penulisnya
_________________________________________________________________________________
Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Jul 20 2020
Sinema Indonesia memang selalu dihangatkan oleh keberangkatan hasil sastera ke layar lebar. - Gambar Fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
KLWBC 2020: Menikmati tiga filem besar sastera Indonesia
Di Indonesia, bukan hanya novel tetapi puisi yang sudah difilemkan.
Sasterawan Indonesia, Sapardi Djoko Damono meninggal dunia
Sapardi yang dikenali dengan sajak Hujan Bulan Juni berusia 80 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospitel Eka, Tangerang Selatan.