BAGI peminat dan penulis sastera, Ahad hari istimewa. Sejak merdeka, akhbar hari minggu ialah ruangan tempat penulis mengirim karya.
Sejarah akhbar sebagai muatan suara sastera bermula sejak era Utusan Melayu dicetak di Singapura pada 1939.
Akhbar Berita Harian yang bermula pada 1 Julai 1957, turut menjadi medium utama penyiaran karya sastera. Pada 10 Julai 1960, edaran pada hari Ahad muncul sebagai Berita Minggu sebelum dijenamakan sebagai Berita Harian Ahad pada 1 Julai 2012.
Utusan Melayu pula dikenali sebagai Utusan Malaysia pada 1967. Namun, ditutup pada 9 Oktober 2019 setelah genap 80 tahun kewujudannya.
Penutupan Kumpulan Utusan turut menghentikan semua rangkaian akhbarnya dan dianggap sudah terkubur sepenuhnya.
Mingguan Malaysia dengan tiga halaman sastera tiap minggu pernah mencecah edaran 700 ribu naskhah pada pertengahan dekad 90-an.
Akhbar Mingguan Malaysia turut memperkenalkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada 1985 hingga 2017.
Tanpa Mingguan Malaysia, kini tinggal hanya Berita Harian Ahad sebagai akhbar arus perdana berbahasa Melayu yang masih menyiarkan ruangan cerpen dan puisi.
Peranan akhbar sangat bersejarah. Sejak merdeka, ramai penulis muda memulakan langkah menempa nama sebagai cerpenis dan penyair melalui ruangan sastera dalam dua akhbar paling berpengaruh ini.
Kini hanya tinggal Berita Harian Ahad.
Kita ikuti apa kata empat pembaca dan penulis yang aktif berkarya untuk ruangan sastera hari minggu.
Apa kata Mohd Saberi Muda (Wikunila MS)
Sastera semakin terpinggir dan itu kesan negatif apabila promosinya berkurangan di akhbar. Sastera kini berubah jadi bahan yang eksklusif dan elitis. Skopnya kini hanya dimanfaatkan sebahagian manusia.
Kehilangan Mingguan Malaysia sangat terasa kerana seminggu sekali akhbar ini medium berkala untuk menikmati karya sastera.
Sebagai pecinta sastera, hati rasa puas dapat membaca karya rakan-rakan yang tersiar. Setiap Ahad apabila membeli akhbar, laman sastera paling awal diselak dan dibaca.
Melihat kemuncupan ruangan bahan sastera di akhbar, penulis kini bergantung pada penerbitan buku sastera sebagai bahan menyebarkan karya.
Sekiranya mahu menyebarkan karya, kenalah berusaha menerbitkan buku sendiri.
Apa kata Syafiq Zulaikifli
Ruang sastera akhbar Ahad sebenarnya terhad. Sekitar satu atau dua halaman sahaja. Mungkin ramai pembaca awam pun tidak menyedari kewujudan ruangan sastera.
Kalau baca pun, sekadar baca tajuk dan beralih ke muka surat yang lain.
Jika ditanya mengenai perasaan, tentulah saya berfikir: apakah bahan bacaan yang akan membuka minda pembaca?
Apakah bahan sebenar dalam akhbar pada hari Ahad?
Keterbatasan itu yang buat saya rasa, patutlah Sasterawan Negara pun tidak dikenali masyarakat.
Sastera ruangan paling minimal kalau dibandingkan dengan kandungan bahan lain di dalam akhbar.
Saya membaca Mingguan Malaysia sejak sekolah menengah. Bapa saya akan beli akhbar tersebut dan saya membaca dari laman ke laman.
Sekarang era digital. Saya melanggan akhbar Berita Harian secara atas talian.
Dulu, saya membaca ruangan rencana yang ditulis pengarang Mingguan Malaysia.
Saya juga membaca ruangan sastera. Apabila Mingguan Malaysia sudah tidak diterbitkan sejak Oktober tahun lalu, saya tumpu pada akhbar Berita Harian Ahad sahaja.
Tanpa Mingguan Malaysia, ruangan karya sastera makin terhad. Pada saya karya yang diterbitkan editor Mingguan Malaysia sama ada cerpen dan puisi sangat membuka ruang berfikir.
Sebagai penulis saya menemukan idea dan bentuk baharu melalui karya-karya bermutu yang tersiar di Mingguan Malaysia.
Saya berusaha mengekalkan minat membaca dengan mendapatkan buku-buku penulis lama dan baharu.
Atau saya menggeledah rak buku mencari buku-buku yang sudah dibeli tetapi belum dibaca.
Sekarang, tumpuan hanya pada Berita Harian Ahad yang masih menyediakan halaman cerpen dan puisi.
Apa kata Mohd. Hefezin Khadiri
Ruangan cerpen dan puisi hari Ahad, tidak kira apa pun penerbitannya, adalah institusi besar dalam hidup peminat atau pembaca sastera tempatan.
Apa lagi ketika sumber siaran bahan sastera sangat ekonomik dan terhad.
Akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Harian Ahad sangat dipercayai dan bereputasi.
Nilai 'kemudahsampaian' membuatkan sastera sangat dekat dengan masyarakat melalui perantaraan akhbar.
Sama ada Cik Kiah atau Tuan Mat yang bukan peminat sastera pun berpeluang membaca karya sastera.
Manusia pasti menikmati kreativiti dalam apa juga bentuknya.
Bagi penulis pula, ruang sastera dalam akhbar menjadi tempat 'menjual' penilaian karya, yang kemudian disaring dan dinilai bagi pelbagai hadiah sastera hingga ke peringkat nasional.
Apabila Utusan Malaysia ditutup pada Oktober 2019, terasa hilang sebuah institusi sastera.
Kesan paling rugi bukan sahaja kepada masyarakat, tetapi terhadap sastera dan budaya itu sendiri.
Sebagai pengkarya sastera Melayu, saya bersyukur Dewan Sastera masih kekal ada dan berjaya mengikuti arus zaman apabila boleh diakses melalui talian maya.
Dari segi menu pilihan, pembaca karya sastera rumpun dan bahasa Melayu pada era digital ini amat beruntung.
Akses internet membolehkan kita meneroka bahan bacaan atas talian.
Kita dapat membaca karya-karya sastera Indonesia yang pesat berkembang.
Doa untuk Berita Harian
Itu pandangan tiga penulis dan pembaca akhbar yang membesar bersama ruangan sastera akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Pada era yang sukar bagi survival media cetak, kita doakan Berita Harian terus bertahan. Malah, kekal mendapat sokongan pembaca.
Apa kata Zaifulnizam Wagiran (AttOkz Dikulgai)
Berita Harian akan kekal kompetitif sekiranya penentuan kandungan bahan berita yang lebih kompresif dan kreatif mencakupi kepelbagaian gaya hidup masyarakat.
Malah, akhbar kini perlu memberikan idea alternatif dan pengalihan pilihan lebih menarik kepada pembaca millenial.
Supaya akhbar dilihat memberikan pandangan alternatif. Mengubah trend semasa yang menganggap media atas talian sebagai alternatif.
Pandangan alternatif tidak wajar dikuasai secara mutlak oleh portal atas talian.
Selain itu, akses mendapatkan akhbar harus mudah. Pengedaran mesti dimantapkan untuk sampai ke capaian pembaca dengan cara pemasaran yang lebih efektif.
Kini hanya Berita Harian akhbar arus perdana utama. Komuniti sastera memerlukan medium arus perdana dalam pelestarian dan perkembangan sastera dengan terbitan karya khususnya cerpen, puisi dan rencana.
Berdasarkan reputasi BH Ahad, karya yang dipilih editor dan tersiar dianggap sebagai penanda aras dalam perkembangan sastera nasional.
Malah, BH Ahad sudah lama menjadi dokumentasi dan perkembangan hayat kepengarangan penulis terutama penyiaran karya yang standardnya diterima dalam penilaian anugerah sastera nasional dan negeri.
Penulis wajar menyokong dengan membeli atau melanggan Berita Harian sebagai akhbar tunggal yang mendokong perkembangan sastera kebangsaan.
Selaku individu, penulis boleh membantu dengan menguar-uarkan karya yang tersiar di media sosial bagi mengukuhkan keberadaan dan kewujudan Berita Harian.
Penganjur aktiviti sastera dan bahasa juga wajar menyediakan bajet promosi dengan menaja terutama BH Ahad dan mengedarkan dalam majlis sastera yang dianjurkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon May 04 2020
Komuniti sastera memerlukan medium arus perdana dalam pelestarian dan perkembangan sastera dengan terbitan karya khususnya cerpen, puisi dan rencana. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Pesawat FedEx mendarat cemas akibat masalah gear pendaratan
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.
Rasuah $10.9 Juta: Timbalan Menteri Pertahan kekal dipenjara
Mahkamah Rusia pada Rabu menolak rayuan pembebasan yang dikemukakan oleh timbalan menteri pertahanan negaranya, Timur Ivanov yang kini disabitkan bersalah dalam kes rasuah bernilai 10.9 juta dolar Amerika. Ivanov yang kini berada dalam proses 'pra-perbicaraan kini masih ditahan di penjara dan permohonannya untuk melalui proses penahanan di rumah ditolak mahkamah yang mana ia adalah merupakan skandal rasuah terbesar melibatkan menteri kabinet negara itu untuk sekian lama.
Mayat terakhir pekerja dalam runtuhan jambatan AS ditemui
Mayat keenam dan terakhir kemalangan sebuah kapal kontena melanggar jambatan Francis Scott Key, Baltimore Amerika Syarikat ditemui pada Selasa. Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Jose Mynor Lopez, 37 tahun, seorang pekerja binaan di jambatan berkenaan berasal dari Baltimore, Maryland.
[TERKINI] Selangor FC umum tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih
Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MB Johor yakin kemampuan polis siasat insiden serangan ke atas Safiq
Kerajaan Negeri Johor yakin kewibawaan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengesan individu yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kini mengetuai delegasi Malaysia ke Ottawa, Kanada untuk menjalankan kajian terperinci mengenai konsep pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Komuniti Mengkuang Titi, Peminat Faisal Halim adakan bacaan Yassin
Lebih 300 peminat dan juga komuniti Mengkuang Titi hadir pada majlis bacaan Yassin dan Doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan kesembuhan Faisal Halim.
Penginapan di Madinah selesa dan mesra OKU
Tiga hotel tempat penginapan jemaah haji Muassasah di Madinah iaitu Emaar Royal, Saja Al Madinah dan Movenpick menyambut kumpulan pertama jemaah KT 001 yang akan tiba di Madinah pada pagi, 9 Mei 2024 dan kumpulan lain yang akan menyusul secara berperingkat sehingga Jun ini.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.