MALAYSIA
KLWC, KLIH meterai kersama penjagaan kesihatan dengan Boao Lecheng dari China
Kerjasama itu menekankan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk meningkatkan hasil kesihatan, memacu inovasi perubatan dan memanfaatkan pesakit di China dan Malaysia. - Foto KL Wellness City
KUALA LUMPUR: KL Wellness City (KLWC) dan Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH) memeterai perjanjian dengan Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao LeCheng, yang terletak di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, China sekali gus menandakan langkah penting ke arah transformasi pelancongan perubatan serantau dan landskap inovasi penjagaan kesihatan.
KL Wellness City Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, pemeteraian perjanjian itu menandakan kerjasama kali pertama antara Boao LeCheng dan hospital Malaysia yang mewujudkan jambatan penting antara dua destinasi pelancongan perubatan serta kesejahteraan di Asia.
Pengarah Urusan KLWC, Datuk Dr Colin Lee berkata, kerjasama itu menekankan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk meningkatkan hasil kesihatan, memacu inovasi perubatan dan memanfaatkan pesakit di China dan Malaysia.
"Majlis pemeteraian ini menandakan peristiwa penting dalam kerjasama perubatan rentas sempadan dan merupakan langkah penting ke hadapan dalam merealisasikan Asia yang lebih sihat dan erat. Kami berbangga mewakili Malaysia dalam kerjasama penting ini sekali gus membuka laluan kepada koridor penjagaan kesihatan yang dinamik.
"Saya berharap perjanjian ini akan menjadi titik permulaan ke arah mewujudkan mekanisme kerjasama jangka panjang dan membuka lembaran baharu dalam usaha sama penjagaan kesihatan antarabangsa," katanya.
Perjanjian itu, yang dijangka membentuk semula landskap pelancongan perubatan serantau dan inovasi penjagaan kesihatan, ditandatangani baru-baru ini oleh Dr Lee dan Pengarah Eksekutif KLIH, Datuk Dr Jacob Thomas bersama dengan Timbalan Pengarah Pentadbiran LeCheng iaitu Yi Tuoxin.
Pengarah Eksekutif KLWC, Datuk Seri Vincent Tiew pula menyifatkan kerjasama itu sebagai pencapaian penting merangkumi inisiatif bersama dalam pelancongan perubatan, kajian klinikal, pertukaran teknologi terkini dan latihan kepakaran yang menggerakkan misi KLWC untuk meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi integrasi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan.
"Mewujudkan dan merasmikan kerjasama ini dengan Boao LeCheng merupakan langkah penting dalam misi kami untuk membawa inovasi penjagaan kesihatan global ke Malaysia.
"Kerjasama ini juga adalah sempena 50 tahun hubungan diplomatik dan persahabatan China-Malaysia. Kami berbesar hati untuk berkhidmat sebagai laluan masuk untuk Boao LeCheng ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara," katanya.
Menurut kenyataan itu, KLWC ialah perbandaran yang dibangunkan khas untuk kesihatan dan kesejahteraan pertama di Asia Tenggara dengan keluasan 26.5 ekar di Bukit Jalil dengan komponen perubatan, kediaman, komersial serta riadah dibina khusus bagi memupuk gaya hidup holistik dan mampan.
"Didukung oleh sebuah hospital tertiari antarabangsa dan dilengkapi suite kesihatan, pusat peranginan persaraan, pusat penyelidikan dan infrastruktur kecergasan, KLWC mentakrifkan semula cara komuniti hidup, pulih dan berkembang maju.
"Nadi KLWC ialah KLIH, sebuah hospital tertiari bertaraf dunia yang diluluskan dengan 624 katil dan boleh diskalakan kepada 1,000 katil.
"Ia menempatkan 76 katil penjagaan kritikal, 88 unit pergantungan tinggi dan 25 dewan bedah canggih," menurut kenyataan itu.
KLIH, yang dilengkapi infrastrukur hospital pintar dan teknologi perubatan canggih, dijangka beroperasi pada separuh kedua 2026 dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan pakar serta subpakar untuk pesakit tempatan dan luar negara.
Pengarah Pentadbiran LeCheng iaitu Fu Sheng pula berkata, KLWC dan KLIH membawa kepakaran berharga dalam operasi penjagaan kesihatan serta perkhidmatan perubatan antarabangsa kepada kerjasama tersebut.
"Boao LeCheng diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana aksesnya kepada teknologi perubatan maju, mempercepat laluan kelulusan untuk rawatan baharu dan menjadi zon model inovasi penjagaan kesihatan global.
"Berkeluasan hampir 2,224 ekar, ia merupakan satu-satunya zon perintis pelancongan perubatan di China yang disokong secara langsung oleh Presiden dan Majlis Negara Republik Rakyat China.
"Ia diletakkan sebagai hab untuk inovasi perubatan antarabangsa, dilengkapi kemudahan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan akses pantas kepada rawatan canggih serta farmaseutikal yang belum tersedia di tempat lain di China," menurut kenyatan itu.
Setakat ini, terdapat 36 institusi perubatan yang beroperasi di Boao LeCheng dan lebih 20 lagi dalam pembinaan atau perancangan.
-- BERNAMA