awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KM73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup akibat mendapan

Bernama
Bernama
02/03/2023
01:30 MYT
KM73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup akibat mendapan
Penutupan jalan sepenuhnya bermula Khamis sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan. - Foto Facebook/Polis Daerah Pekan
KUANTAN: Laluan Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan ditutup sepenuhnya hari ini, ekoran mendapan yang berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi memaklumkan penutupan jalan adalah sehingga kerja pembaikan selesai.
"Penutupan jalan dibuat selepas mendapatkan penilaian keselamatan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan dan orang ramai dinasihatkan mematuhi tanda arahan yang dipasang di laluan tersebut," menurut kenyataan itu.
Bagi laluan alternatif, pengguna jalan raya dari arah Kuantan akan dilencongkan di lampu isyarat Paloh Hinai ke Jalan Batu Balik ke Pekan.
Pengguna dari Segamat pula akan dilencongkan di Muadzam Shah ke Leban Condong di Rompin sebelum ke Nenasi di Pekan.
Pengguna jalan raya boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan bagi mendapatkan maklumat terkini di talian 09-4221 999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Jalan Kuantan-Segamat
#penutupan jalan
#mendapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan