MALAYSIA
KMF 2025: Malaysia perlu bersedia hadapi ketidaktentuan seterusnya – PM Anwar
Anwar (foto) menegaskan bahawa tadbir urus adalah kompas moral negara dan institusi seperti Khazanah perlu mengimbangi keuntungan dengan pembangunan negara. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, ekonomi Malaysia telah berubah daripada ketidakpastian kepada pemulihan; dan daripada langkah defensif kepada penstrukturan proaktif.
Ringkasan AI
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarpun pertumbuhan stabil, inflasi dan kadar pengangguran terkawal, Malaysia perlu terus bersedia untuk menghadapi gangguan seterusnya.
Atas sebab itu, Anwar menegaskan, pendekatan Malaysia adalah berlandaskan tadbir urus yang baik, kerana tanpanya risiko menjadi lesen kepada kecuaian, tetapi dengannya, risiko menjadi kunci kepada inovasi.
“Tadbir urus bukan sekadar urusan birokrasi, tetapi ia adalah kompas moral sesebuah negara. Tadbir urus penting bagi memastikan kemajuan tidak dikejar dengan mengorbankan prinsip, dan juga memastikan kepimpinan kekal bertanggungjawab kepada rakyat.
“Institusi seperti Khazanah mesti terus menghayati falsafah amanah ini. Tugas mereka bukan semata-mata untuk mencari keuntungan, tetapi untuk mengimbangi pulangan komersial dengan pembangunan negara,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama sempena Forum Megatrend Khazanah 2025 (KMF) di ibu negara, pada Isnin.
KMF merupakan acara tahunan anjuran Khazanah Nasional Berhad yang menghimpunkan pemimpin industri, ahli akademik, pembuat dasar dan pemikir strategik dari dalam dan luar negara untuk membincangkan isu-isu besar yang membentuk landskap ekonomi, sosial dan geopolitik dunia.
Dengan tema “Debugging Uncertainty: Lessons from the Grasshopper and the Ant on Living with Risk” forum kali ini membincangkan persoalan bagaimana negara dan institusi boleh mengurus ketidaktentuan global dengan bijak, berani dan beretika.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, cabaran yang dihadapi kerajaan pada masa ini adalah untuk mengemudi Malaysia melalui ketidaktentuan global dengan berhemah.
“Kita tidak dapat meramal setiap badai, tetapi kita boleh memperkukuh kapal yang kita layari. Dan hanya melalui tadbir urus yang berwibawa serta kestabilan, kita dapat mengubah ketidaktentuan menjadi peluang.
“Sehubungan itu, kita telah memulihkan disiplin fiskal, memperkukuh institusi, dan menumpukan semula perbelanjaan awam kepada bidang yang menjana nilai jangka panjang — daripada pendidikan dan kesihatan kepada infrastruktur digital dan ekonomi hijau.
“Reformasi dalam perolehan awam, tadbir urus dan pengurusan subsidi adalah sebahagian daripada usaha ini, bagi memastikan pertumbuhan bukan sahaja dicapai, tetapi juga mampan, telus dan adil,” katanya lagi.
Anwar berkata, kerajaan komited untuk menjalankan langkah penyatuan fiskal dengan penuh amanah, bagi memastikan setiap ringgit wang awam dibelanjakan dengan tujuan yang jelas.
Beliau berkata, keyakinan akan meningkat apabila kerajaan menunjukkan keberanian untuk melaksanakan reformasi, selari dengan kecenderungan untuk berbelanja secara strategik.
Katanya lagi, pertumbuhan modal mesti sentiasa seiring dengan usaha pengembangan demi keadilan sosial, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.
Ringkasan AI
- Ekonomi Malaysia telah beralih daripada ketidakpastian kepada pemulihan, dengan penekanan kepada penstrukturan proaktif dan tadbir urus berwibawa sebagai asas menghadapi ketidaktentuan global.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tadbir urus adalah kompas moral negara dan institusi seperti Khazanah perlu mengimbangi keuntungan dengan pembangunan negara.
- Kerajaan komited terhadap penyatuan fiskal, reformasi perolehan awam dan pengurusan subsidi demi pertumbuhan mampan, telus dan adil selaras semangat Malaysia MADANI.