awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2024
02:45 MYT
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Rapid Rail akan melaksanakan pemantauan berkala oleh polis bantuan di dalam tren dan stesen bagi memastikan etika penggunaan koc wanita dipatuhi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melaksanakan inisiatif koc wanita di Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Dis ini.
Menurut Rapid Rail, Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendaliannya yang memperkenalkan kemudahan ini, selepas pelaksanaan projek perintis di Laluan Kajang pada 18 Sept 2023 dan Laluan Putrajaya pada 8 Apr 2024.
"Inisiatif ini bertujuan memberikan pengalaman perjalanan lebih selesa kepada penumpang wanita, yang mewakili kira-kira 60 peratus daripada jumlah pengguna perkhidmatan rel Rapid KL.
"Dengan adanya koc wanita, penumpang wanita dijangka dapat menikmati perjalanan lebih tenang tanpa rasa bimbang tentang keselamatan mereka.
"Sejak pengenalan koc wanita di Laluan Kajang, insiden gangguan tidak diingini telah menurun sebanyak 22 peratus sehingga November lalu, manakala Laluan Putrajaya menyaksikan penurunan kes dengan ketara sebanyak 50 peratus sejak pelaksanaannya pada April lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rapid Rail berkata, sebanyak 36 stesen dan 45 tren LRT di Laluan Ampang/Sri Petaling akan dilengkapi pelekat khas berwarna merah jambu untuk memudahkan pengguna mengenal pasti koc wanita.
Katanya lagi, koc wanita akan ditempatkan di bahagian tengah setiap tren di koc tiga dan koc empat.
"Koc wanita ini terbuka kepada penumpang wanita dari semua peringkat umur, serta kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah yang ditemani penjaga wanita.
"Bagi komuniti Orang Kurang Upaya termasuk penjaga, mereka diberikan keutamaan untuk menggunakan mana-mana gerabak tren," ujarnya.
Rapid Rail berkata, pihaknya akan melaksanakan pemantauan berkala oleh polis bantuan di dalam tren dan stesen bagi memastikan etika penggunaan koc wanita dipatuhi.
Justeru, pengguna LRT digalakkan memanfaatkan sepenuhnya koc wanita, sementara pengguna lain disarankan memberi ruang kepada wanita untuk menggunakan kemudahan tersebut terlebih dahulu.
Rapid Rail turut menyeru sokongan semua pihak untuk memastikan keberkesanan inisiatif ini dalam menyediakan pengalaman perjalanan lebih selamat dan selesa kepada wanita.
Topic Berkaitan
#koc wanita
#rapid rail
#koc merah jambu
#LRT Laluan Ampang Sri Petaling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan