KUALA LUMPUR: Kod Etika Kewartawanan Malaysia versi baharu amat bertepatan dengan keperluan dinamik dunia kewartawanan, selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kod etika itu juga dilihat sebagai satu garis panduan lebih seimbang dan relevan, dalam membantu pengamal media menghasilkan berita yang mampu menyumbang kepada pembinaan negara.
Beliau juga percaya kod etika itu yang dikemas kini buat kali pertama sejak 1989 dan digarap dengan prinsip mendukung Perlembagaan Persekutuan, dapat membawa cara pelaporan berita yang mampu membentuk keharmonian dan perpaduan nasional.
"Kod etika ini menuntut pemain industri untuk melaksanakan tugas secara professional dan beretika. Saya positif melihat ia sebagai asas mula kepada pemantapan kerjaya wartawan, dalam mendepani perubahan pesat teknologi di semua platform media," katanya kepada Bernama.
Pada 20 Feb, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang mengandungi lapan etika utama, antaranya wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain ialah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang merealisasikan kod etika baharu itu, Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Penerangan turut berharap, komuniti wartawan akan terus memberi sumbangan besar kepada negara.
Sementara itu seorang lagi bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan sebagai berkata kod etika itu, akan memainkan peranan penting antaranya dalam memerangi penyebaran maklumat dan berita palsu.
Beliau berkata pelancaran kod etika baharu itu amat penting, memandangkan peningkatan platform media baharu yang pada ketika mendesak untuk kebebasan media, telah mengabaikan etika itu ketika membuat pelaporan.
Bekas ketua menteri Sabah itu juga berkata ketersediaan kod etika seperti itu, akan dapat membimbing media dalam menegakkan profesionalisme dan integriti dan meletakkan mereka sebagai sumber berita dan maklumat dipercayai masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka. - Gambar hiasan
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.